raja sehari
Tip Pilih Baju Untuk Pengantin Plus Size

Berbadan besar tak semestinya tak boleh nak bergaya di hari istimewa ok!

Kayangan Gallery: TEKAT – Sulaman Cinta

Menitip aura lama ke dalam majlis yang serba indah, Kayangan Gallery menyuntik motif sulaman tekat yang dijadikan sebagai elemen utama pada majlis ini. Pemilihan warna keemasan yang dimedleykan bersama rona putih dan hijau juga menyerlahkan lagi resepsi yang tampil megah tetapi sederhana. Website: https://www.kayangangallery.coInstagram: https://www.instagram.com/kayangangallery/

Kayangan Gallery: ROSEATE – Aurora Moden

Warna merah keungunan yang dijelmakan oleh Kayangan Gallery menerusi majlis serba mewah ini mampu menaikkan seri pengantin yang bersanding di atas peterana. Website: https://www.kayangangallery.coInstagram: https://www.instagram.com/kayangangallery/

Kayangan Gallery: KYRA – Telus Rona Putih

Warna putih yang begitu sinonim dengan ikatan perkahwinan mampu diserikan dengan kehadiran mawar berona pic dan titisan warna hijau, buat penambah kontra. Tidak kelihatan keterlaluan, suasana majlis yang intim dapat diserlahkan dengan nyalaan api dian yang romantik dan malap. Website: https://www.kayangangallery.coInstagram: https://www.instagram.com/kayangangallery/

Kayangan Gallery: FRENCH FLAIR – Seputih Mawar

Menjadikan gubahan mawar putih sebagai subjek utama, Kayangan Gallery menjelmakan mood terindah buat pasangan mempelai yang menginginkan sebuah majlis yang sarat tetapi masih berpegang pada kunci minimalis. Website: https://www.kayangangallery.coInstagram: https://www.instagram.com/kayangangallery/

Kayangan Gallery: ENCHANTED FOREST – Belantara Biru

Rimbunan pepohonan yang melatari susur jalan ke pelaminan membuktikan satu perasaan lurus untuk menyemai cinta. Bagi pasangan Ahmad dan Nush, melestarikan lambaian kasih yang ditemani rona malam memberi nuansa berbeza terhadap sudut cerita. Website: https://www.kayangangallery.coInstagram: https://www.instagram.com/kayangangallery/