majlis kahwin
Macam Mana Nak Hadapi Saudara-Mara Yang Kepochi Tentang Majlis Kahwin Kita?

SAUDARA-MARA. Merekalah penyeri majlis, mereka jugalah pengkritik terhebat sepanjang majlis berlangsung. Mereka inilah antara golongan yang akan memerhatikan dan memberi komen tanpa diminta tentang setiap keputusan berkaitan majlis, daripada pemilihan warna hinggalah berapa dulang hantaran nak dibalas ke pihak sebelah. “Kenapa pilih warna ni nampak lebamlah!” “Orang tua-tua cakap pengantin tak elok duduk macam tu, […]

Tip Solekan Dan Gaya Rambut Pengantin Inspirasi Dari Runway

Bergaya umpama model catwalk di majlis kahwin anda nanti!

Kayangan Gallery: TEKAT – Sulaman Cinta

Menitip aura lama ke dalam majlis yang serba indah, Kayangan Gallery menyuntik motif sulaman tekat yang dijadikan sebagai elemen utama pada majlis ini. Pemilihan warna keemasan yang dimedleykan bersama rona putih dan hijau juga menyerlahkan lagi resepsi yang tampil megah tetapi sederhana. Website: https://www.kayangangallery.coInstagram: https://www.instagram.com/kayangangallery/

Kayangan Gallery: ROSEATE – Aurora Moden

Warna merah keungunan yang dijelmakan oleh Kayangan Gallery menerusi majlis serba mewah ini mampu menaikkan seri pengantin yang bersanding di atas peterana. Website: https://www.kayangangallery.coInstagram: https://www.instagram.com/kayangangallery/

Kayangan Gallery: KYRA – Telus Rona Putih

Warna putih yang begitu sinonim dengan ikatan perkahwinan mampu diserikan dengan kehadiran mawar berona pic dan titisan warna hijau, buat penambah kontra. Tidak kelihatan keterlaluan, suasana majlis yang intim dapat diserlahkan dengan nyalaan api dian yang romantik dan malap. Website: https://www.kayangangallery.coInstagram: https://www.instagram.com/kayangangallery/

Kayangan Gallery: FRENCH FLAIR – Seputih Mawar

Menjadikan gubahan mawar putih sebagai subjek utama, Kayangan Gallery menjelmakan mood terindah buat pasangan mempelai yang menginginkan sebuah majlis yang sarat tetapi masih berpegang pada kunci minimalis. Website: https://www.kayangangallery.coInstagram: https://www.instagram.com/kayangangallery/