Wanita Tumbuh Janggut Petanda Hamil?
aisyahbadrull

JANGGUT biasanya sinonim dengan kaum lelaki. Tetapi tahukah anda janggut juga boleh tumbuh pada wanita tau! Sesetengah wanita memiliki bulu halus pada bahagian dagu dan bahagian atas bibir dan ianya seakan-akan dilihat sebagai kumis dan janggut. Untuk wanita yang pernah mengalami keadaan ini tidak perlu berasa bimbang. Sebenarnya ini merupakan perkara yang normal. Namun bagi sesiapa yang baru melalui perkara ini, sebenarnya ini adalah proses indikasi perubahan hormon pada tubuh badan wanita.

Menurut majalah Women’s Health, janggut atau misai yang tumbuh pada wajah perempuan merupakan salah satu tanda kehamilan seseorang. Namun hal ini tidak semestinya berlaku kepada semua wanita. Cara terbaik untuk mengetahui kehamilan kita adalah dengan menggunakan urine test.

Selain itu, level estrogen yang tinggi dalam tubuh badan wanita semasa hamil juga menjadi penyebab pertumbuhan bulu-bulu halus pada bahagian dagu dan atas bibir. Namun kita tidak boleh memandang sisi ini sahaja untuk mengetahui kehamilan kita. Sebaiknya, segeralah berjumpa doktor untuk mengesahkan kehamilan anda.

Tanda mempunyai penyakit?

Selain daripada manjadi petanda kecil kehamilan seseorang, pertumbuhan bulu pada bahagian dagu juga merupakan tanda seseorang itu mempunyai  penyakit. Minisha Sood, seorang ahli endokrinologi di New York City menjelaskan, sekiranya seseorang wanita itu mempunyai bulu halus berwarna gelap dan tebal pada bahagian dagu, kemungkinan besar ianya merupakan tanda-tanda seseorang itu mempunyai penyakit. 

Woman Standing In Front Of Mirror And Making Faces. Files Are Ready For Color Grading.

Simptom seperti ini seringkali dikaitkan dengan penyakit sindrom ovari atau Polycystic Ovary Syndrom (PCOS). Namun, Sood menjelaskan bahawa kaum wanita tidak perlu panik sekiranya sedang mengalami gejala ini. Mungkin saja ianya hanya kerana perubahan hormon. Ada baiknya kita terus berjumpa doktor untuk mendapatkan penjelasan khusus mengenai gejala ini okay? 

Artikel Berkaitan

Ibu Menyusu Tidak Boleh Minum Kopi?

Adakah kafein merbahaya kepada bayi?

3 months ago
aisyahbadrull
Mengenali Anak Autisme

Periksa jika simtom-simtom ini ada dalam diri a...

2 months ago
umirrasahad
Mogok Sekolah: Cara Atasi Anak Tak Nak Pergi Sekolah

Bertabahlah wahai ibu bapa!

2 months ago
umirrasahad
Tip Berfesyen Untuk Ibu Hamil

Siapa kata ibu hamil tidak boleh bergaya?

3 months ago
aisyahbadrull
Dilarang Potong Rambut Ketika Hamil, Mitos Atau Fakta?

Boleh ke tak boleh?

3 months ago
aisyahbadrull
Ibu Bapa Perlu Cuba 5 Teknik Asuhan Yang Paling Berkesan Ini!

Mungkin boleh cuba cara ini pula?

2 months ago
umirrasahad