Walaupun Sudah Bercerai, Ini 4 Tanggungjawab Yang Perlu Dilakukan Kepada Anak-Anak
aisyahbadrull

ANAK-ANAK merupakan individu yang paling terkesan apabila berlakunya perceraian antara ibu dan bapa. Walaupun pada ketika itu mereka masih kecil ataupun sedang meningkat dewasa, rasa diabaikan dan kurang kasih sayang akan tetap dirasai mereka.

Perlu ada rasa kasihan terhadap anak-anak.

Sebagai ibu bapa, kita perlu meletakkan diri kita di tempat anak-anak supaya kita lebih memahami situasi yang dialami oleh mereka apabila mengetahui ibu bapa mengambil keputusan untuk berpisah.

Apabila anak-anak mengetahui tentang perpisahan ibu bapa mereka, kemungkinan besar mereka akan mengalami kemurungan dan sentiasa berada dalam kedaan risau dan bimbang. Oleh itu sebagai ibu bapa, kita perlu melakukan beberapa perkara ini supaya anak-anak dapat menerima kenyataan ini dengan baik.

Jangan rahsiakan perceraian daripada anak-anak

Photo: Google Images

Anak-anak yang masih kecil pasti tidak dapat memahami kehidupan orang dewasa. Jika anak-anak bertanya tentang apa itu bercerai atau “Kenapa mama dan papa tidak tidur sebilik?”, jangan pernah sesekali berbohong kepada mereka tentang keadaan sebenar.

Jika kita terus menipu mereka dengan jawapan seperti “Papa/mama sedang sibuk,” jawapan yang kita berikan akan membuatkan mereka berharap. Apabila mereka menginjak dewasa dan boleh memahami keadaan sebenar, pasti mereka akan sukar mempercayai kata-kata kita lagi.

Banyak luangkan masa bersama anak-anak

Photo: Google Images

Perceraian bukanlah alasan untuk kita tidak meluangkan masa bersama anak-anak. Luangkan masa bersama mereka supaya mereka mendapat perhatian dan kasih sayang cukup daripada kita. Jangan sampai mereka mula membandingkan kehidupan mereka dengan rakan-rakan mereka yang lain.

Jangan terlalu tonjolkan kesedihan di hadapan anak-anak

Photo: Google Images

Memilih jalan untuk berpisah dengan pasangan bukanlah satu keputusan yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila sudah mempunyai anak-anak. Cuba kawal diri daripada menunjukkan kesedihan di hadapan anak-anak.

Anak-anak yang belum mengerti apa-apa berhak untuk merasa bahagia dalam menjalani kehidupan mereka. Jangan kerana terlalu mengikut perasaan, perasaan anak-anak kita pula terabai. Anak-anak yang menjadi mangsa perceraian ini biasanya akan mengalami konflik diri apabila dewasa kelak.

Jangan jadi batu api

Photo: Google Images

Sebagai ibu bapa, kita tidak perlu menunjukkan sifat negatif dengan menjadi batu api. Banyak kes yang berlaku tentang ibu atau bapa menghasut anak-anak supaya membenci antara satu sama lain. Ini akan menjejaskan emosi anak kita sekaligus mengajar mereka untuk menjadi kurang ajar kepada ibu bapa sendiri.

Perceraian bukanlah penyebab untuk kita mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Kita harus mengakui tidak semua perkara yang kita idamkan akan menjadi indah sahaja. Belajar menerima kenyataan ini dengan baik dan jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.

Credit Photo: usatoday.com

Artikel Berkaitan

Dilarang Potong Rambut Ketika Hamil, Mitos Atau Fakta?

Boleh ke tak boleh?

3 months ago
aisyahbadrull
Ibu Menyusu Tidak Boleh Minum Kopi?

Adakah kafein merbahaya kepada bayi?

3 months ago
aisyahbadrull
Ibu Bapa Perlu Cuba 5 Teknik Asuhan Yang Paling Berkesan Ini!

Mungkin boleh cuba cara ini pula?

2 months ago
umirrasahad
Mogok Sekolah: Cara Atasi Anak Tak Nak Pergi Sekolah

Bertabahlah wahai ibu bapa!

2 months ago
umirrasahad
Mengenali Anak Autisme

Periksa jika simtom-simtom ini ada dalam diri a...

2 months ago
umirrasahad
Tip Berfesyen Untuk Ibu Hamil

Siapa kata ibu hamil tidak boleh bergaya?

3 months ago
aisyahbadrull