W.A.F X Mariott Tampil dengan Koleksi Rekaan Mewah Buat Bakal Pengantin
admin

W.A.F (Wedding Arts Fashion) dengan kolaborasi Mariott tampil dengan koleksi rekaan mewah busana pengantin, koleksi eksklusif dari Lusan Mandongus dan Estee.

Mariott membawakan koleksi rekaan pengantin terkemuka daripada pelbagai jenama mewah antarabangsa, yang dibawa khas oleh The Proposal; Singapore dan Designer Bridal Room; Kuala Lumpur. Pertunjukan fesyen koleksi pengantin lelaki turut ditampilkan melalui jenama terkenal seperti  Sacoor Brothers, The Gentleman’s Club dan The Glenlivet. 

Mariott x W.A.F 2019 mengumpulkan lebih daripada 50 vendor, terdiri daripada perancang perkahwinan dan pereka hias. Tarikan utama W.A.F x Marriot turut menonjolkan pertujukan seni dan fotografi, kek, deko hiasan perkahwinan dan buat julung kalinya, menampilkan jurugambar perkahwinan terkenal iaitu Terralogical daripada Indonesia, Metrophoto daripada Filipina dan jurugambar terkenal dari Singapura, Brian Ho. 

Buat bakal pengantin yang mengimpikan lokasi perkahwinan idaman, Marriott International membawakan 19 buah hotel dan resort dari seluruh Malaysia. Antara lokasi terkemuka adalah hotel cawangan Marriott di Kuala Lumpur, lima buah resort di Pulau Langkawi, dua buah resort beserta panorama laut membiru di Kota Kinabalu dan sebuah resort di Desaru, Johor Bharu. Selain itu, tetamu juga dapat memilih lokasi perkahwinan di hotel lain seperti Aloft Hotels, Le Méridien, Sheraton, JW Marriott, St. Regis dan W Hotels. 

“Kami lebih mementingkan nilai perkahwinan itu sendiri daripada majlis perkahwinan”,

ujar Elaine Daily, pengarah dan CEO FunkyDaily. 

Artikel Berkaitan

Awas! 5 Perkara Yang Membatalkan Perkahwinan!

Semoga anda tidak tergolong dalam 5 perkara ini...

4 months ago
umirrasahad
Jangan Berkahwin Dahulu Jika Anda Belum Yakin Tentang 3 Hal Ini

Bersediakah anda?

4 months ago
aisyahbadrull
Perlu Ke Undang Bekas Kekasih Ke Majlis Perkahwinan Kita?

Nak jemput ke tak ye?

4 months ago
aisyahbadrull
Buat Dekat McD Je! Bridal Shower Farah Nabilah Cukup Meriah

Meriahnya bridal shower Farah Nabilah!

4 months ago
aisyahbadrull
Isteri Boleh Mohon Cerai Terhadap 9 Jenis Golongan Suami Ini

Jangan terperangkap dalam rumah tangga yang tid...

4 months ago
umirrasahad
Macam Mana Nak Tolak Pinangan Dengan Cara Baik?

Tolak dengan cara baik tau

4 months ago
aisyahbadrull