Victoria Dan David Beckham Terapkan Peraturan Ketika Makan Malam Bersama Keluarga
aisyahbadrull

SETIAP keluarga pasti mempunyai peraturan dan cara tersendiri untuk mendidik cahaya mata. Begitu juga dengan pasangan selebriti dan pemain bola sepak terkenal iaitu David Beckham dan Victoria.

Pasangan yang sentiasa mendapat perhatian ramai ini telah menerapkan satu peraturan ketat yang harus dipatuhi oleh anak-anak mereka. Seluruh anggota keluarga mereka harus berada di rumah tepat pada pukul 6 petang untuk makan malam.

Victoria Beckham
Kredit foto: pinterest

Menurut Victoria menerusi wawancara Harper’s Bazaar UK, dia dan David sangat sibuk dengan kerjaya masing-masing. Namun apabila melibatkan anak-anak, mereka sangat tegas dan sentiasa memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak.

Salah seorang daripada mereka harus ke sekolah anak-anak mereka untuk memantau dan memastikan meeka pulang tepat pada pukul 6 petang untuk makan malam bersama.

“Waktu makan malam merupakan masa yang terbaik untuk kami sekeluarga berkumpul dan bertanyakan tentang hari masing-masing,” terang Victoria.

Wanita yang berkerjaya tetap mempunyai kehidupan yang normal di rumah

Victoria Beckham
Kredit foto: Metro uk

Victoria mengakui bahawa dia dan Beckham menetapkan peraturan tersebut supaya mereka mempunyai kehidupan yang normal sama seperti orang lain. Walaupun sentiasa sibuk dengan jadual karier mereka, mereka berdua akan sentiasa mencuri masa untuk meluangkan masa di rumah bersama anak-anak.

Selain menyedari betapa pentingnya kehidupan berkeluarga, Victoria juga berasa yakin bahawa apa yang dilakukannya pada waktu ini akan memberikan kesan yang baik kepada anak-anaknya pada masa akan datang.

Image result for david beckham and family 2019
Kredit foto: Metro uk

Berkumpul bersama keluarga pada waktu makan sememangnya merupakan masa yang terbaik untuk kita bercerita dan mengetahui perkembangan anak-anak. Sesibuk mana pun perkerjaan kita, pastikan kita mempunyai masa untuk mengambil tahu perkembangan anak-anak kita.

Kredit foto: Elite Daily

Artikel Berkaitan

10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

2 months ago
aisyahbadrull
Foto- Foto Kenangan Kobe Bryant Bersama Isteri Dan Cahaya Matanya

Rest in peace, Kobe dan Gianna

2 months ago
aisyahbadrull
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

2 months ago
umirrasahad
Rakaman Suara Bukti Amber Heard Mengaku ‘Memukul’ Johnny Depp!

Johnny Depp akhirnya bersuara.

2 months ago
umirrasahad
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

2 months ago
aisyahbadrull