Trend Rambut Pendek Untuk Hari Bahagia
umirrasahad

BEBERAPA bulan sebelum tibanya majlis perkahwinan, kebanyakan pengantin memilih untuk ‘menyimpan’ rambut panjang supaya dapat digayakan dan tampak lebih ayu umpama sang puteri di hari bahagia nanti.

Namun ada juga yang cuba ‘lari’ daripada tradisi, menggayakan potongan rambut pendek yang lebih trendy dan comel. Mungkin ramai yang tidak mahu berambut pendek kerana memikirkan tidak banyak fesyen rambut yang dapat digayakan. Oh tidak! Aksesori – itulah kunci utama untuk menjadikan penampilan dan penataan rambut anda di atas pelamin nanti tampak indah dan lain daripada biasa!

1. Flower crowns


Image result for flower crown bride short hairstyle"
Kredit foto: Pinterest

Potongan rambut pixie yang nampak edgy ‘dilembutkan’ dengan kehadiran susunan bunga-bunga kecil dan kehijauan disusun sejajar merentang atas kepala.


Image result for flower crown bride short hairstyle"
Kredit foto: theknot.com

Rambut potongan minimalis bob dihiasi dengan kalungan bunga-bungaan berwarna lembut menghiasi kepala.

2. Headbands

Buat peminat Blair Waldorf, ini masanya untuk anda serlahkan gaya Gossip Girl anda! Watak popular itu sememangnya membuka mata kita kepada fesyen headbands yang sesuai digayakan seharian atau pun di hari bahagia. Daripada yang simple hinggalah yang sarat dengan hiasan dan batu-batuan atau mutiara, hanya perlu pilih mengikut kesesuaian busana yang dipakai nanti.


Image result for headband bride short hairstyle"
Kredit foto: Pinterest

Tidak perlu risau jika busana yang digayakan tampak ringkas, hanya perlu ‘tambahkan’ kilauan pada headband anda dengan kristal atau mutiara kecil berbentuk bunga-bungaan. Nah, lengkap sudah penampilan anda!


Image result for headband bride short hairstyle"
Kredit foto: bestweddinghairs.blogspot.com

Buat anda yang gemarkan fesyen bohemian, mungkin boleh gunakan headband yang dilengkapi bulu-bulu ringkas dan bertatahkan batu kristal besar.


Image result for headband bride short hairstyle"
Kredit foto: theweddingsecrets.net

Serlahkan fesyen ala 1920-an di majlis perkahwinan anda dengan headband seksi diperbuat daripada kain lace dan dihiaskan dengan kilauan mutiara dan permata kecil merentang kepala.

3. Updos

Siapa kata rambut pendek tak boleh buat updos? Nah, ini beberapa contoh yang menarik untuk stail updo.

braided updo
Kredit foto: weddingwire.com

Gaya pulled back French braid ini sangat sesuai buat pengantin yang ingin kelihatan kemas tanpa gangguan rambut yang kerap melekat di muka sepanjang majlis. Selitkan aksesori yang ringkas tapi berwarna cerah untuk lebih bergaya dan tidak terlalu ‘kosong’.


bride with loose updo
Kredit foto: weddingwire.com

Gaya chignon juga boleh dibuat untuk pengantin berambut pendek ok! Kemaskan anak rambut dengan menggunakan klip yang dihias dengan batu kristal atau mutiara, maka ia berfungsi sebagai ‘penahan’ rambut dan juga penghias rambut! Biarkan sedikit rambut terjurai di bahagian depan untuk efek romantis.

4. Half-Up


Image result for half up bride short hairstyle"
Kredit foto: haircutgreat.blogspot.com

Rambut ditarik separuh ke belakang dan diikat dengan klip barrette untuk efek whimsical.


bride with half up hairstyle
Kredit foto: weddingwire.com

Gaya rambut sleek yang diikat separuh ke belakang dan dihiaskan dengan bunga ros putih, baby’s breath dan vel panjang – gaya klasik pengantin.

Cubalah gaya yang dikongsikan ini di majlis perkahwinan anda nanti ok!

Kredit foto: weddinghairandmakeupartists.com

Artikel Berkaitan

Isteri Boleh Mohon Cerai Terhadap 9 Jenis Golongan Suami Ini

Jangan terperangkap dalam rumah tangga yang tid...

5 months ago
umirrasahad
Buat Dekat McD Je! Bridal Shower Farah Nabilah Cukup Meriah

Meriahnya bridal shower Farah Nabilah!

5 months ago
aisyahbadrull
Perlu Ke Undang Bekas Kekasih Ke Majlis Perkahwinan Kita?

Nak jemput ke tak ye?

5 months ago
aisyahbadrull
Macam Mana Nak Tolak Pinangan Dengan Cara Baik?

Tolak dengan cara baik tau

5 months ago
aisyahbadrull
Jangan Berkahwin Dahulu Jika Anda Belum Yakin Tentang 3 Hal Ini

Bersediakah anda?

5 months ago
aisyahbadrull
Awas! 5 Perkara Yang Membatalkan Perkahwinan!

Semoga anda tidak tergolong dalam 5 perkara ini...

5 months ago
umirrasahad