Tips Balik Kampung Untuk Pasangan Suami Isteri
siti

KALAU tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya korang beraya ala single and available tetapi buat pasangan yang baru berkahwin tahun ni, tahniah! Merasa la korang untuk beraya berdua ya, berdua lebih baik gitu. Kali pertama beraya bersama pasangan pastinya masing-masing teruja kan. Eh, tapi sebelum korang gaduh siapa nak balik kampung siapa, jom kita tengok lima tips hari raya buat pasangan yang baru kahwin!

1. Undi giliran balik kampung  

Kalau dulu hidup membujang, masalah siapa balik kampung siapa memang tak pernah wujud tapi dah hidup berdua mestilah kena ada giliran balik kampung setiap tahun kan? Korang jangan pulak perang dingin nak tentukan giliran nak balik kampung siapa. Bila dah berkahwin, kenalah adil. So tahun ni, kalau giliran raya di rumah suami jangan pulak si isteri mogok di pagi raya. Waktu inilah korang nak berkenalan dengan ahli keluarga suami, ziarah-menziarahi dan mengeratkan silaturrahim. Yang penting, beraya bersama pasangan lebih bermakna.

2. Tema baju raya wajib sedondon

Dah menjadi tradisi untuk pasangan suami isteri berbaju sedondon di hari raya, barulah nampak sepadan secocok. Takkan si isteri berbaju kuning, si suami berbaju merah. Nanti tak pasal-pasal makcik-makcik bawang kat kampung ingat korang bergaduh. Bila tibanya hari raya, tema baju raya wajib sedondon tau barulah nampak hubungan kekeluargaan harmoni.

3. Bantu buat persiapan hari raya

Bila beraya berdua tanggungjawab semakin banyak. Ha..buat si suami wajib tolong si isteri membuat persiapan hari raya. Shopping baju raya, tukar langsir, shopping barang runcit, cat rumah dan banyak lagilah! Takkanlah korang nak biarkan si isteri buat semua kerja. Si suami harus ringan tulang juga membantu si isteri sediakan juadah makanan raya. Tak adalah si isteri ni kepenatan buat semuanya seorang diri. Give and take dalam rumah tangga kan penting.

4. Memandu secara berhemah

Pada musim hari raya ni kita selalu dengar kes kemalangan maut yang melibatkan kecuaian pemandu. Jadi, untuk pasangan suami isteri yang pulang beraya ke kampung tu korang kenalah bergilir-gilir memandu kereta. Ha, kalau korang nampak suami korang tu dah layu mata memandu berjam-jam cepat-cepat tukar pemandu tau. Keselamatan menjadi keutamaan, ingatlah orang tersayang.

5. Bergaul dengan sanak-saudara pasangan masing-masing

Buat si suami yang baru beraya di kampung isteri, korang jangan 24 jam je dengan media sosial. Nanti apa pula kata sanak-saudara dan kaum keluarga. Bergaul dan beramah mesralah dengan saudara sebelah isteri, buat si isteri pun sama. Kalau korang beraya di kampung halaman suami, korang kenalah tegur dan beramah mesra dengan keluarga suami. Barulah dapat label menantu mithali.

Artikel Berkaitan

Hubungan Toksik: Bertahan Atau Lepaskan Sahaja?

Mampu ke bertahan?

2 months ago
aisyahbadrull
Hindari 5 Kesalahan Ini Ketika First Date!

Hindari kesalahan-kesalahan ini jika mahu first...

2 months ago
aisyahbadrull
Kiraan Baki Talak Bagi Pasangan Yang Cerai Rujuk Semula

Jangan diikutkan perasaan, kelak merana badan.<...

2 months ago
umirrasahad
Langkah Terbaik Hentikan Pertengkaran Dengan Pasangan

Jangan marah lama-lama ye.

2 months ago
aisyahbadrull
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

2 months ago
aisyahbadrull