Tip Solekan Dan Gaya Rambut Pengantin Inspirasi Dari Runway
umirrasahad

SETELAH mendapat baju pengantin idaman hati, sekarang perlu fikir tatarias rambut dan wajah pula. Jenis solekan apakah yang sesuai dengan tema majlis perkahwinan kita nanti? Gaya rambut macam mana yang harus dibuat untuk disesuaikan dengan baju pengantin kita itu? Akseosori perlu atau tidak? Wah banyaknya perlu difikirkan!

Jadi jangan buang masa, lihat di bawah ini untuk beberapa tip dan idea dari pentas peragaan untuk berhias di hari bahagia nanti!

Bandana atau cekak

Kecil dan ringkas atau bandana bold statement, kedua-duanya haruslah bersesuaian dengan bentuk muka anda. Yang ringkas memberikan aura klasik, diserikan lagi dengan senyuman anda di hari bahagia. Namun trend bandana yang besar dan tebal yang pernah popular di zaman 80-an kini kembali menjadi ikutan para wanita yang gemarkan fesyen. Pilih yang sarat dengan hiasan butir mutiara atau kosong, sesuaikan dengan baju anda.




‘Mahkota’ bunga

Sesuai buat bakal pengantin yang berambut panjang atau paras bahu. Jangan takut untuk menggunakan bunga yang besar, tetapi jangan terlalu sarat kerana akan ‘menenggelamkan’ wajah anda pula!




Rambut ‘ponytail’

Fesyen ini sesuai digayakan jika majlis perkahwinan anda nanti bertemakan beach wedding. Trend ini juga pasti menjadi pilihan buat anda yang sukakan sesuatu yang ringkas atau minimalis. Kain sutera diikat longgar dan dililitkan dengan rambut seperti riben.




Lela Rose Wedding Dress

‘Crown braids’

Jika anda tidak berminat untuk mengenakan mahkota atau tiara, gaya rambut ini lebih sesuai supaya tidak nampak terlalu biasa. Braids yang aneh tetapi cantik ‘dililit’ umpama mahkota di kepala. Lengkapkan gaya ini dengan anting-annting yang besar.


Ines Di Santo Wedding Dress

Solekan inspirasi era disko

Jarang kita lihat bakal pengantin yang berani untuk membuat kelainan pada solekan di hari persandingan mereka. Gaya solekan yang mengangkat tema era disko ini ternyata khas buat mereka yang berani!




Kelopak mata kemerah-merahan

Ini sememangnya pilihan yang ‘selamat’ buat bakal pengantin. Kelopak mata dihiaskan dengan rona kemerah-merahan, menampakkan sisi romantis pengantin. Solekan pada mata ini juga dilengkapkan lagi dengan sedikit sentuhan rona berkilat atau matte mengikut kesesuaian majlis siang hari atau malam. Kedua-duanya menaikkan aura kecantikan asli si pengantin!


Monique Lhuillier Wedding Dress

Watters Wedding Dress

Blush by Hayley Paige Wedding Dress

Warna ungu

Buat bakal pengantin yang tidak gemarkan rona natural atau berani mencuba sesuatu yang baru, mungkin boleh mencuba gaya ini. Tetapi pastikan gaya solekan ini dicuba dahulu sebelum majlis! Supaya anda dapat melihat sama ada ianya sesuai digayakan atau tidak dengan muka anda, adakah ianya akan menyerlahkan lagi bentuk wajah atau hanya akan membuatkan anda nampak tua.




Apa pun pilihan anda nanti, pastikan anda mencubanya terlebih dahulu supaya tidak menyesal kemudian hari!

Sumber & kredit foto: brides.com & tallypress.com

Artikel Berkaitan

Jangan Berkahwin Dahulu Jika Anda Belum Yakin Tentang 3 Hal Ini

Bersediakah anda?

2 months ago
aisyahbadrull
Buat Dekat McD Je! Bridal Shower Farah Nabilah Cukup Meriah

Meriahnya bridal shower Farah Nabilah!

2 months ago
aisyahbadrull
Macam Mana Nak Tolak Pinangan Dengan Cara Baik?

Tolak dengan cara baik tau

2 months ago
aisyahbadrull
Perlu Ke Undang Bekas Kekasih Ke Majlis Perkahwinan Kita?

Nak jemput ke tak ye?

2 months ago
aisyahbadrull
Awas! 5 Perkara Yang Membatalkan Perkahwinan!

Semoga anda tidak tergolong dalam 5 perkara ini...

2 months ago
umirrasahad
Isteri Boleh Mohon Cerai Terhadap 9 Jenis Golongan Suami Ini

Jangan terperangkap dalam rumah tangga yang tid...

2 months ago
umirrasahad