Tip Memulakan Hubungan Baharu Selepas Perceraian
umirrasahad

MEMULAKAN kembali hubungan dengan orang lain setelah melalui proses perceraian bukanlah sesuatu yang mudah. Ingin memulakan kembali segalanya setelah bertahun lamanya – proses perkenalan, dating, jumpa ahli keluarga dan rakan-rakan si dia… oh sungguh memenatkan!



Sungguhpun begitu, ianya satu proses yang perlu dilalui demi meneruskan kehidupan dan mencari kebahagiaan diri. Ianya juga perlu dilakukan apabila kita sudah rasa cukup sedia.

Macam mana nak tahu kita sudah bersedia untuk memulakan segalanya kembali?

Bila kita sudah tidak merasakan kita perlu mencari ‘separuh’ daripada diri kita dalam diri orang lain. Bila kita terima hakikat dan kenalpasti punca kegagalan rumah tangga yang terdahulu, walaupun hakikatnya pahit untuk ditelan.

1. Beri ruang dan masa.



Ini sangat penting dalam memulakan langkah baharu dalam perhubungan. Walaupun kita rasa sunyi, kesilapan yang perlu kita elakkan ialah memulakan hubungan baharu dengan tergesa-gesa. Berikan ruang dan masa untuk diri sendiri ‘sembuh’ daripada luka perceraian dahulu – emosi dan psikologi. Jangan hiraukan kata orang lain di sekeliling kita andainya kita sendiri yakin yang kita masih belum mampu move on.

2. Fokus kepada diri sendiri.



Walaupun fasa kehidupan berumah tangga tidak menjadi seperti yang diharapkan, bersyukurlah kerana kini kita diberi peluang kedua untuk memulakan sesuatu yang baharu. Gunakan peluang ini untuk betul-betul fokus kepada membina kehidupan yang kita inginkan dan pada masa yang sama berfikiran terbuka untuk kenal dengan orang baharu. Diri kita sendiri perlu bahagia, gembira dan rasa cukup sebelum kita boleh membahagiakan orang lain di sekeliling kita.

3. Jadi diri sendiri.



Setelah sekian lama meninggalkan dating life, memang mudah untuk kita cuba menjadi orang lain supaya tidak gugup atau kekok di depan orang lain. Tapi sampai bila? Jika kita ingin disayangi, diterima dan dihargai, perkara utama yang perlu kita buat ialah menjadi diri kita sendiri – buruk atau baik adanya. Jika si dia dapat menerima ketidaksempurnaan kita, maka itulah dia bahagia yang kita cari.

Kita perlu cuba jadi yang terbaik untuk si dia, bukannya yang sempurna tapi penuh dusta.

4. Have fun!



Kita perlu serius dalam perhubungan, namun tidak semua perkara dalam perhubungan itu perlu serius setiap masa. Ingatlah, hakikatnya kita semua ingin mencari teman hidup untuk menikmati kehidupan sehingga ke akhir hayat. Membuat sesuatu perkara bersama, walaupun perkara itu perit atau membosankan seperti perjalanan yang memakan masa berjam-jam lamanya dalam kereta untuk ke sesuatu destinasi, menemani anak yang sakit berhari-hari di hospital, macam-macam lagi.

Tidak mustahil untuk kita kecapi kebahagiaan yang kita cari selama ini untuk kali kedua.

Kredit foto: nypost.com

Artikel Berkaitan

5 Sebab Pasangan Bercerai Atau Berpisah

Elakkan 5 perkara ini jika kita sayang si dia.<...

4 months ago
umirrasahad
Daripada Mesin ATM Hinggalah Taj Mahal, Ini Kisah 3 Suami Mithali Sebagai Teladan!

Demi cinta, lautan api sanggup direnangi!

4 months ago
umirrasahad
Klasik! Foto-Foto Pasangan Sekitar Abad Ke-18

Zaman belum ada Instagram dan beuty camera

4 months ago
aisyahbadrull
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

4 months ago
umirrasahad
Cara Untuk Keluar Daripada Abusive Relationship

Kerana kasih badan binasa.

4 months ago
umirrasahad
Adakah Kita Tergolong Dalam 5 Bentuk Abusive Relationship Ini?

Sayangi diri kita sendiri dahulu.

4 months ago
umirrasahad