Tip Memilih Lokasi Perkahwinan
aisyahbadrull

MENCARI lokasi perkahwinan sememangnya satu perkara yang agak mencabar. Sudah menjadi impian setiap bakal raja sehari untuk mengadakan majlis perkahwinan yang serba indah dan meriah. Namun, bila tiba masanya untuk mencari dewan kahwin mahupun pakej perkahwinan lengkap, boleh rambang mata jadinya. Ini tip untuk anda yang sedang memilih lokasi perkahwinan yang ideal!

1. Tarikh majlis



Tetapkan tarikh yang dipersetujui semua pihak sebelum mencari lokasi perkahwinan kerana perkara ini akan memberi kesan kepada bajet dan perancangan anda jika tidak disusun dengan baik. Eloklah jika ia ditetapkan beberapa bulan awal supaya tidak kelam-kabut atau semua tempat yang diingini diambil orang lain.

2. Persetujuan pengantin



Pastikan pemilihan lokasi dilakukan atas persetujuan bersama pasangan anda. Bincangkan juga tentang konsep dan apa yang anda inginkan di dalam majlis perkahwinan. Apa yang paling penting semasa majlis perkahwinan nanti adalah keselesaan anda bersama pasangan.

3. Kemudahan untuk keluarga



Majlis perkahwinan juga menjadi medan untuk semua ahli keluarga yang jauh mahu pun dekat untuk bertemu setelah sekian lama. Kehadiran mereka sudah pasti menyerikan dan memeriahkan lagi majlis anda. Pastikan anda memilih lokasi yang mudah untuk mencari tempat penginapan buat ahli keluarga yang tinggal jauh dan ingin bermalam sebelum atau selepas majlis.

Mangala Resort & Spa Ada Segalanya!

Terletak tidak jauh dari bandar Kuantan, Pahang, Mangala Resort & Spa mempunyai kemudahan lengkap termasuk Grand Ball Room untuk anda menganjurkan majlis perkahwinan yang diidamkan di sini.





Apa yang menarik tentang ruangan ini adalah ia turut dihiasi dengan lanskap yang cantik , pemandangan tasik yang luas dan indah serta terdapat sebuah kolam renang yang memberikan rasa eksklusif untuk majlis perkahwinan anda. Tidak perlu bersusah-payah menghiasi ruang majlis anda kerana segalanya sudah tersedia di sini!



Selain itu, anda juga boleh memilih sama ada untuk mengadakan majlis di dalam dewan yang berkonsep terbuka ataupun di luar (outdoor). Pilih sahaja pakej mana yang anda inginkan! Selain daripada dewan acara yang dihias serba indah dan gah, anda juga boleh mengadakan sesi fotografi perkahwinan anda dengan berlatarbelakangkan tasik dan lanskap yang diatur cantik. Semuanya tersedia di satu tempat sahaja. Mudah kan?






Ternyata resort bertaraf lima bintang ini mampu memberikan anda sebuah majlis perkahwinan impian yang penuh magis! Anda juga boleh berbulan madu di vila-vila yang terdapat di resort ini. Resort ini sememangnya tempat yang ideal untuk mengadakan majlis yang intim dan ekslusif.

Segalanya lengkap di The Mangala Resort & Spa untuk keperluan anda dan si dia meraikan hari bahagia dan merehatkan minda. Untuk maklumat lanjut berkenaan resort ini, anda boleh layari laman web rasmi di www.mangalaresortandspa.com atau hubungi 09-505 7788.

Artikel Berkaitan

Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

13 days ago
umirrasahad
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

8 days ago
umirrasahad
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

8 days ago
aisyahbadrull
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

9 days ago
umirrasahad
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

12 days ago
aisyahbadrull
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

8 days ago
aisyahbadrull