Tip Berfesyen Untuk Ibu Hamil
aisyahbadrull

APABILA sedang hamil, ini tidak bermakna para ibu tidak boleh berhias diri dan melupakan hal-hal fesyen sepanjang 9 bulan. Pasti akan ada para ibu yang buntu memikirkan fesyen apa yang bersesuaian dengan tubuh badan yang semakin berubah bentuknya.

Jangan jadikan kehamilan sebagai penghalang dan membantutkan kreativiti anda untuk bersfesyen! Ikuti tip-tip berfesyen bagi ibu hamil yang kami sediakan di bawah ini.

Pakai pakaian berwarna gelap

Kredit foto: Pinterest

Pakaian berwarna hitam sememangnya akan menjadikan si pemakai kelihatan langsing dan kurus. Semasa menempuh fasa kehamilan ini, apa kata anda lebihkan memakai pakaian berwarna gelap. Warna gelap tidak bermakna anda perlu memakai warna hitam sahaja. Untuk tampil lebih menarik, anda boleh pilih pakaian berona gelap yang lain seperti biru tua, merah hati, hijau tua dan sebagainya.

Pilih saiz pakaian yang betul

Image result for muslim pregnant lady fashion
Kredit foto: Pinterest

Ketika perut anda sudah semakin membesar, elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat. Pakaian yang terlalu ketat akan menjadikan anda tidak selesa. Pilihlah saiz yang bersesuaian dengan badan anda supaya kelihatan cantik dan sopan.

Pilih dress yang bermotif

Kredit foto: Pinterest

Ini merupakan tip lain untuk tampil kurus selain memakai pakaian berwarna gelap. Untuk ibu yang sedang hamil, pilih dress labuh supaya memudahkan anda untuk bergerak dan selesa. Selain daripada itu, pilih pakaian yang bercorak kerana pakaian yang bercorak boleh membantu menutup bentuk tubuh anda yang sebenar.

Pilih pakaian berwarna terang (color blocking)

Kredit foto: outfittrends

Jika anda bukan seorang penggemar warna gelap, anda boleh cuba pakaian yang berwarna terang dan color blocking. Mungkin anda boleh memadankan skirt berwarna merah jambu bersama baju blaus berwarna biru atau warna hijau bersama warna kuning. Untuk pengetahuan anda, pemilihan pakaian color blocking mampu menjadikan anda kelihatan tinggi.

Siapa kata ibu yang sedang hamil tidak boleh bergaya? Variasikan pemilihan pakaian anda supaya penampilan anda tidak membosankan walaupun ketika hamil. Apa yang paling penting, pilih pakaian yang bersesuaian dengan bentuk tubuh anda.

Kredit foto: Pinterest

Artikel Berkaitan

Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

9 days ago
umirrasahad
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

13 days ago
umirrasahad
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

12 days ago
aisyahbadrull
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

8 days ago
aisyahbadrull
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

8 days ago
aisyahbadrull
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

7 days ago
umirrasahad