Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?
aisyahbadrull

ANDA pernah pakai baju pasangan? Untuk kaum wanita, memakai pakaian pasangan pasti bukan satu perkara yang janggal kan? Tipulah tidak pernah pakai t-shirt, kemeja atau jaket pasangan kita.

Jika anda sedar, perasaan nyaman dan tenang akan hadir ketika kita memakai baju pasangan kita. Betul tak? Ternyata memakai pakaian pasangan mampu memberi kesan yang positif kepada kita. Misalnya ketika sedang berjauhan dengan pasangan, cubalah pakai baju pasangan anda. Selain dapat meredakan kerinduan, memakai pakaian pasangan juga boleh mengurangkan rasa stres tau!

Meredakan stres

Menurut portal timesofindia.indiatimes.com, satu kajian telah dijalankan di University of British Columbia dan mereka menemukan bahawa memakai sesuatu yang mempunyai aroma tubuh badan pasangan mampu mengurangkan rasa stres, kesepian dan rasa cemas. Kajian telah dilakukan secara rawak kepada beberapa orang wanita dan setiap daripada mereka diminta untuk memakai pakaian dan menghidu bau yang berbeza (bau orang yang tidak dikenali, bau kekasih dan bau neutral).

Selepas mencium bau pada pakaian yang diberi, wanita-wanita berkenaan dikehendaki untuk menyelesaikan soalan matematik yang sukar bagi tujuan untuk meningkatkan kadar stres mereka. Ketika pengkaji mula mencatat kadar stres setiap wanita tersebut, ternyata wanita yang memakai dan menghidu aroma pakaian pasangan sendiri menunjukkan kadar stres yang rendah!

Meredakan rasa rindu

Ketika sedang berjauhan dengan pasangan, pasti perasaan rindu akan hadir dengan sendirinya. Selain berhubung, antara cara lain yang boleh dipraktikkan untuk meredakan rasa rindu ini adalah dengan menghidu aroma tubuh badan pasangan kita menerusi pakaian mereka.

Perasaan nyaman dan tenang yang hadir boleh membantu meredakan kesepian dan cemas di saat kerinduan datang membelenggu anda.

Anda pasti ada pengalaman tersendiri tentang perkara ini kan? Memakai baju pasangan ternyata mampu membantu meredakan stres. Bagi mereka yang terpaksa berjauhan dengan pasangan, pastikan pakaian kekasih atau suami anda sentiasa bersama anda ya!

Kredit foto: Ilym

Artikel Berkaitan

10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

2 months ago
aisyahbadrull
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

2 months ago
umirrasahad
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

2 months ago
umirrasahad
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

2 months ago
aisyahbadrull
Hindari 5 Kesalahan Ini Ketika First Date!

Hindari kesalahan-kesalahan ini jika mahu first...

2 months ago
aisyahbadrull