Sindrom Hurried-Child: Adakah Kita Melakukannya Tanpa Sedar?
umirrasahad

PERNAHKAH anda terfikir, alangkah indahnya jika dapat menjadi kanak-kanak semula, hidup tanpa tekanan dengan kerja dan untuk berjaya dalam hidup? Namun pernahkah anda terfikir yang kebanyakan kanak-kanak zaman sekarang juga mempunyai perasaan yang sama, hidup tertekan seperti orang dewasa?



Dalam budaya kita yang menekankan kejayaan dan kesempurnaan, golongan kanak-kanak sering diasak untuk ‘membesar’ dengan cepat – belajar membaca dan mengira sebelum mereka reti berjalan sendiri, berentap dengan kanak-kanak lain di tadika, menjadi produktif dan berdisiplin.

Keadaan ini hanya menyebabkan stres di kalangan kanak-kanak, sesuatu yang orang dewasa sendiri alami dan lebih teruk lagi, masalah kesihatan mental yang semakin menjadi barah dalam komuniti kita.

Apa itu Sindrom Hurried-Child?



Menurut hellodoktor.com, sindrom ini dikenal pasti oleh pakar psikologi di Tufts University, David Elkind, pada tahun 1981. Sindrom Hurried-Child ini bukan hanya melibatkan aspek tekanan akademik yang terlalu awal di luar batas kemampuan perkembangan semula jadi si kecil, tetapi ia juga melibatkan pelbagai aspek kehidupan seorang kanak-kanak pada masa kini. 

Dalam pemahaman yang mudah, sindrom ini adalah keadaan di mana ibu bapa membuat jadual hidup untuk anak-anak mereka, mendorong mereka untuk bekerja keras bagi mencapai kejayaan akademik, dan mengharapkan mereka berkelakuan dan bertindak balas bagaikan individu dewasa.

Anda mungkin menganggap perlakuan anda itu tidak akan mendatangkan impak kepada si manja. Namun hakikatnya, ia boleh mewujudkan trauma kepada kanak-kanak yang dipaksa untuk menjadi matang dengan melakukan aktiviti dan peranan seperti individu dewasa.



Ibu bapa ‘menggunakan’ anak-anak mereka untuk ‘menghidupkan’ kembali impian yang gagal dicapai oleh diri mereka sendiri.

Ibu atau bapa tunggal dan keluarga yang kedua-duanya bekerja seringkali mengasak anak-anak mereka untuk berjaya dan tanpa mereka sedar, perkara ini membuatkan anak-anak mereka rasa tertekan. Anak-anak ini kemudiannya merasakan mereka tidak layak untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka sendiri jika gagal memenuhi harapan dan impian ibu bapa mereka.

Terlepas keseronokan membesar sebagai kanak-kanak.



Sindrom ini bukan sekadar melibatkan kanak-kanak untuk mengenakan pakaian seperti dewasa, berpakaian seksi, bertumit tinggi dan bersolek. Tetapi ia juga termasuk kanak-kanak yang ‘dipakaikan’ fesyen menutup aurat sebelum tiba usianya. Ia dilakukan hanya kerana inginkan mereka untuk tampak comel di mata khalayak. 

Jadi berikan si comel anda ruang dan peluang untuk menikmati zaman gembira dan membesar sebagai kanak-kanak dengan sebaiknya. Jangan jadikan anak mangsa kegilaan fesyen anda, okay?

Biarkan mereka menjadi kanak-kanak.

Menurut kajian Dr. David Elkind, penulis buku The Hurried Child, kanak-kanak mempunyai peluang yang lebih cerah untuk berjaya dalam bidang akademik jika mereka tidak dipaksa untuk cepat membesar oleh ibu bapa sendiri yang silap menilai kebolehan anak mereka dan terus memberikan tekanan akademik terhadap anak-anak.



Kanak-kanak akan rasa terbeban kerana memikirkan prestasi dan kejayaan mereka berkait rapat dengan kasih sayang yang diterima daripada ibu bapa mereka sendiri, dan mereka telah mengecewakan ibu bapa mereka jika gagal dalam hidup. Ini amat merbahaya kerana tekanan ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa mereka kelak dan seterusnya memberi impak yang besar dalam kerjaya dan peribadi mereka sendiri.

Kredit foto: Pinterest

Artikel Berkaitan

10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

2 months ago
aisyahbadrull
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

2 months ago
aisyahbadrull
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

2 months ago
aisyahbadrull
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

2 months ago
umirrasahad
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

2 months ago
umirrasahad