5 Kdrama Terbaik Tentang Kahwin Kontrak
umirrasahad

PERKAHWINAN adalah ikatan kasih dua individu yang berjanji untuk sehidup semati. Tetapi wujudkah perkahwinan kontrak di dunia nyata ini? Atau hanya sekadar permainan minda penulis skrip drama?

Kami kongsikan di sini 5 Kdrama popular yang mengangkat tema perkahwinan kontrak.

1. Goong (2006)

Kredit foto: www.amazon.com

Disebabkan perjanjian yang dibuat oleh mendiang datuknya dengan seorang kawan, Putera Mahkota Lee Shin (Ju Ji Hoon), seorang penuntut sekolah tinggi terpaksa berkahwin dengan Chae Kyung (Yoon Eun-hye), cucu kepada kawan datuk Lee Shin. Sedih ditinggalkan teman wanitanya, Min Hyo-rin (Song Ji-hyo), Lee Shin terus bersetuju untuk berkahwin. Apabila hatinya sudah mula dapat menerima kehadiran Chae Kyung, datang pula Putera Lee Yul (Kim Jeong-hoon), sepupu kepada Lee Shin yang telah lama menghilangkan diri bersama ibundanya. Putera Lee Yul mula menyukai Chae Kyung, wanita yang sepatutnya menjadi tunangannya jika tragedi yang menimpa ayahandanya tidak berlaku dahulu. Lebih menyukarkan keadaan, bekas teman wanita Lee Shin, Min Hyo-rin pula kembali menagih cinta dari Lee Shin.

2. Fated to Love You (2014)

Alkisah pertemuan antara Lee Gun (Jang Hyuk), seorang anak orang kaya dengan Kim Mi Young (Jang Na-ra), seorang setiausaha di sebuah firma guaman. Disebabkan mabuk teruk, mereka yang saling tidak mengenali ini akhirnya terikat dalam satu kontrak perkahwinan selepas Kim Mi Young didapati mengandung akibat dari kejadian itu. Apa reaksi teman wanita Lee Gun, Kang Se-ra (Wang Ji Won)? Siapa pula Daniel Pitt (Choi Jin-hyuk) dalam hidup Kim Mi Young? Kenalah tonton sendiri ok?

Kredit foto: www.netflix.com

3. Full House (2004)

Kredit foto: www.girlinpinkdress.wordpress.com

Hampir seluruh rakyat Malaysia tahu dan mula menggilai Kdrama ekoran dari drama ini. Drama yang berjaya menaikkan nama Rain dan Song Hye-kyo di peringkat antarabangsa.

Mengisahkan tentang penulis skrip, Ji Eun (Song Hye-kyo) yang tinggal di sebuah rumah pusaka yang direka sendiri oleh mendiang ayahnya. Nasibnya yang kurang baik, dua orang kawannya menipu Ji Eun kononnya Ji Eun memenangi tiket percutian dan senyap-senyap menjual rumahnya itu semasa ketiadaannya. Pemilik baharu rumah itu, Young Jae (Rain) seorang selebriti terkenal menawarkan kontrak perkahwinan kepada Ji Eun, dengan harapan dapat menggunakan Ji Eun untuk membuat wanita yang disukainya Kang Hye-won (Han Eun Jung) cemburu. Ji Eun terus setuju untuk tinggal bersama demi mendapatkan kembali rumah pusaka kesayangannya itu. Perbezaan personaliti mereka dan insiden-insiden lawak yang berlaku buatkan Full House menjadi salah satu drama yang patut ditonton oleh peminat Kdrama.

4. The King 2 Hearts (2012)

Kredit foto: www.justwatch.com

Mengisahkan tentang Putera Mahkota Lee Jae Ha (Lee Seung Gi), seorang yang tidak peduli pasal takhta dan hanya tahu berjoli. Selepas tragedi buruk menimpa abangnya, Raja Lee Jae Kang (Lee Sung Min), Lee Jae Ha terpaksa mengambil alih takhta dan mengahwini Kim Hang-ah (Ha Ji Won), seorang pegawai khas tentera Korea Utara yang juga anak kepada ketua pegawai atasan tentera Korea Utara. Perkahwinan itu dibuat demi menjaga hubungan politik di antara Korea Utara dan Selatan, satu-satunya perkara yang diutamakan semasa hayat mendiang abangnya, Raja Lee Jae Kang. Mampukah Lee Jae Ha menerima Kim Hang-ah walaupun mereka umpama anjing dengan kucing?

5. Prime Minister and I (2014)

Kredit foto: www.fanpop.com

Kwon Yul (Lee Beom Soo) adalah Perdana Menteri termuda yang memegang jawatan itu pada usia 42 tahun. Mempunyai 3 orang anak, Kwon Yul seorang Perdana Menteri yang disegani tetapi gagal dalam membesarkan anak-anaknya selepas kematian isterinya dalam kemalangan 7 tahun lalu. Datang Nam Da Jung (Yoon-ah), seorang wartawan yang bekerja keras untuk menanggung ayahnya yang sakit umpama buah jatuh bergolek buat Kwon Yul. Tersepit dengan masalah masing-masing, bolehkah perkahwinan kontrak menyelamatkan mereka?

Walaupun kesemua Kdrama ini bertemakan perkahwinan kontrak, namun setiap satunya mempunyai mesej dan jalan cerita tersendiri yang menarik serta memberi pengajaran. Barisan pelakon hebat yang menjayakan Kdrama ini juga bonus sampingan!

Kredit foto: www.dayverampas.com

Artikel Berkaitan

Cara Untuk Keluar Daripada Abusive Relationship

Kerana kasih badan binasa.

2 months ago
umirrasahad
Daripada Mesin ATM Hinggalah Taj Mahal, Ini Kisah 3 Suami Mithali Sebagai Teladan!

Demi cinta, lautan api sanggup direnangi!

2 months ago
umirrasahad
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

2 months ago
umirrasahad
Adakah Kita Tergolong Dalam 5 Bentuk Abusive Relationship Ini?

Sayangi diri kita sendiri dahulu.

2 months ago
umirrasahad
Klasik! Foto-Foto Pasangan Sekitar Abad Ke-18

Zaman belum ada Instagram dan beuty camera

3 months ago
aisyahbadrull
5 Sebab Pasangan Bercerai Atau Berpisah

Elakkan 5 perkara ini jika kita sayang si dia.<...

2 months ago
umirrasahad