Si Dia ‘Curang’ Dengan Duit, Apa Nak Buat?
umirrasahad

PERNAHKAH kita terfikir, kita sering ‘curang’ dengan pasangan tanpa sedar? Bukan dengan orang ketiga, tetapi dengan duit. Apa maksud ‘curang’ dengan duit? Apa kesannya dalam rumah tangga?

1. Shopping senyap-senyap



Selalunya golongan wanita yang buat macam ni. Dah shopping sakan kemudian sorok daripada suami, sembunyikan bil kad kredit atau penyata bank supaya si dia tidak nampak berapa banyak yang telah dibelanjakan. Alasannya? Tak nak dengar suami membebel. Tapi kaum lelaki pun ada yang begini ya, berbelanja tak ingat dunia!

2. Sorokkan hutang



Ada juga pasangan yang merahsiakan hutang yang mereka ada daripada pasangan. Contohnya membuat pinjaman peribadi tanpa pengetahuan si dia. Bahaya ok! Mungkin ada yang terpaksa berbuat demikian untuk menampung kos rumah tangga, tetapi ini bukanlah cara yang terbaik. Hidup berumah tangga mestilah susah dan senang bersama, bukan?

3. Tipu gaji sebenar



Gaji sebenarnya besar tapi beritahu pasangan yang gaji mereka kecil sahaja. Mungkin kerana ingin menjaga hati pasangan kerana gajinya lebih kecil berbanding kita. Tetapi jika kita yang bergaji lebih kecil, janganlah ambil kesempatan meletakkan segala kos perbelanjaan kepada si dia seorang. Kita haruslah adil dan berbincang tentang perkara ini.

Macam mana nak atasi masalah ni?

Komunikasi dan kongsi tanggungjawab bersama. Hanya melalui dua cara ini barulah rumah tangga kita kekal bahagia tanpa masalah curang dengan duit atau pun orang ketiga. Lebih-lebih lagi buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, perlulah duduk berbincang dan kenalpasti kos perbelanjaan isi rumah dan juga hutang sedia ada bersama pasangan. Ini sangat penting demi memastikan masa depan bersama tidak terbeban dengan hutang yang tidak pernah kita tahu sejak berkahwin!

Kredit foto: justwatch.com

Artikel Berkaitan

Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

2 months ago
umirrasahad
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

2 months ago
aisyahbadrull
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

2 months ago
aisyahbadrull
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

2 months ago
umirrasahad
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

2 months ago
aisyahbadrull
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad