Sering Dikhianati Dalam Hubungan? Ini 5 Cara Untuk Atasi “Trust Issue”
aisyahbadrull

PENGALAMAN pahit apabila dikhianati bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilupakan lebih-lebih lagi jika kita mengalaminya berkali-kali. Sedikit sebanyak situasi ini akan menjadikan kita fobia untuk bercinta dan sukar untuk mempercayai orang lain.

Khusus untuk anda yang masih belum bebas dibayangi pengalaman pahit dikhianati, ini 5 cara yang perlu diambil untuk mengatasi masalah trust issue.

Apa yang mereka lakukan adalah di luar kawalan kita. Berhentilah menyalahkan diri sendiri.

Kita tidak boleh mengawal tingkahlaku orang lain mengikut apa yang kita mahu. Jika dikhianati, fikir sahaja bahawa bekas kekasih anda tidak mampu menjaga kepercayaan anda. Dengan itu anda tidak perlu menyalahkan diri sendiri kerana kita semua tidak boleh mengawal perbuatan orang lain terhadap kita.

Berhenti merasakan diri anda sebagai mangsa. Fikir perkara yang penting untuk memajukan hidup.

Percayalah, apa yang berlaku bukanlah kesalahan daripada diri anda sahaja. Merasakan diri sebagai mangsa tidak akan dapat mengubah kehidupan anda. Jangan pernah mengalah untuk bergerak maju ke hadapan dan jangan terus meratapi kenangan masa lalu. Hidup mesti diteruskan.

Percayalah, walaupun ada orang yang menyakiti anda, pasti akan ada orang yang bersikap jujur kepada anda

Mungkin ketika ini anda sering berfikir tentang orang yang menyakiti hati dan mengkianati anda. Tetapi perlu diingat, masih ada orang yang baik hati dan ikhlas menerima kita. Tidak selamanya kita akan dipertemukan dengan orang yang jahat. Pasti suatu hari nanti, kita akan menemui orang yang benar-benar ikhlas mencintai kita.

Jangan pernah berhenti untuk melakukan kebaikan walaupun dikhianati berkali-kali

Percayalah kepada kemungkinan-kemungkinan yang positif walaupun kita sering dikhianati. Setiap perbuatan yang baik ataupun jahat pasti akan ada balasannya. Jika kita memilih untuk melakukan kebaikan pada orang lain, pasti perkara yang baik akan datang kepada kita juga. Bersabarlah, semua perkara di dunia ini telah ditetapkan termasuklah kebahagiaan kita.

Belajar memaafkan diri sendiri dan orang yang pernah mengkhianati kita

Kadangkala, dengan memaafkan diri sendiri dan orang yang pernah menyakiti kita akan membebaskan kita daripada perasaan yang tidak tenang. Hati kita akan lebih tenang jika kita belajar memafkan kesalahan orang lain. Anggap sahaja apa yang berlaku di dalam hidup kita adalah ujian. Selepas hujan pasti akan ada pelangi kan?

Trust issue yang ada dalam diri haruslah ditangani dengan sebaiknya. Jadikan pengalaman pahit sebagai satu pengajaran supaya kita akan menjadi pasangan yang lebih baik pada masa akan datang.

Kredit foto: Shutterstock

Artikel Berkaitan

Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

3 months ago
umirrasahad
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

3 months ago
umirrasahad
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

4 months ago
umirrasahad
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

3 months ago
aisyahbadrull
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

4 months ago
aisyahbadrull
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

3 months ago
aisyahbadrull