Sering Berbalas Teks Sepanjang Masa Punca Hubungan Mudah Retak
aisyahbadrull

KOMUNIKASI merupakan perkara penting yang diperlukan dalam setiap perhubungan suami isteri dan juga pasangan kekasih. Tanpa komunikasi, sesebuah perhubungan pasti akan tidak bertahan lama. Terdapat beberapa janis komunikasi antaranya, komunikasi menerusi pesanan teks seperti sms ataupun chatting.

Komunikasi seperti ini pastinya menjadi pilihan semua orang kerana lebih mudah dan umum. Namun, tahukah anda sebenarnya jika kita berkomunikasi bersama pasangan menerusi secara kerap, ianya oleh menghancurkan perhubungan?

Sebuah kajian telah dilakukan kepada 276 pasangan di Brigham Young University dan mereka mendapati bahawa berkomunikasi secara kerap menerusi pesanan teks sebenarnya lebih mudah membuatkan hubungan cinta terkandas.

Sering berbalas teks punca hubungan mudah retak

Kajian yang telah diterbitkan di dalam Journal of Couple and Relationship Therapy ini juga ada menyatakan bahawa pasangan yang sering bertengkar, membahas perkara-perkara serius dan meminta maaf menerusi pesanan ringkas sahaja akan menyebabkan hubungan mereka mudah retak dan tidak bahagia. Tambahan lagi jika jarang bertemu dan hanya menyelesaikan masalah menerusi pesanan teks sahaja.

Tidak hairanlah jika seseorang individu sukar untuk menangkap maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang jika hanya disampaikan menerusi pesanan teks. Namun ini tidak bermakna cara berkomunikasi seperti ini merugikan dan mendatangkan kesan yang negatif.

Selain itu, berbalas pesanan teks untuk mengungkapkan perasaan cinta sebenarnya boleh mengeratkan hubungan percintaan. Namun janganlah terlalu kerap sehingga mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan seharian kita. Jika 24 jam berbalas teks tanpa henti, kerja pun boleh terbengkalai kan?

Setiap individu perlu tahu masa yang sesuai untuk berkomunikasi menggunakan teknologi dan ketahuilah, cara komunikasi secara empat mata sebenarnya perkara yang paling penting dalam hubungan cinta.

Kredit foto: shutterstock

Artikel Berkaitan

Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

2 months ago
umirrasahad
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

2 months ago
umirrasahad
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

2 months ago
aisyahbadrull
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

2 months ago
aisyahbadrull
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

2 months ago
aisyahbadrull