Semak 3 Perkara Ini Sebelum Pergi Berbulan Madu
aisyahbadrull

UNTUK melayari fasa awal perkahwinan, bulan madu haruslah dirancang dengan sebaiknya. Apabila sudah melangkah ke alam rumahtangga, segala keputusan haruslah diputuskan bersama.

Pasti banyak destinasi impian yang terlintas di fikiran anda apabila memikirkan tentang bulan madu bersama pasangan. Tetapi sebelum memilih destinasi, pastikan anda perhatikan tiga perkara ini terlebih dahulu.

Dipersetujui oleh kedua belah pihak

Walaupun pemilihan destinasi bulan madu anda di dalam negara atau di luar negara, anda dan pasangan harus sepakat menentukannya. Hal ini kerana anda dan pasangan ingin meluangkan masa bersama. Destinasi yang ingin dituju perlulah dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Pastikan tempat yang dituju mempunyai fasiliti yang baik

Fasiliti di sesebuah tempat sangat penting untuk pasangan yang ingin berbulan madu. Sewaktu menentukan destinasi, cari informasi dan survey tempat yang ingin dituju dengan terperinci sebelum mengambil keputusan untuk pergi ke sana. Jadikan bulan madu Anda sempurna dan menyenangkan!

Cari tempat yang tenang dan privasi

Inilah masanya anda dan pasangan menghabiskan masa di tempat yang diimpikan. Cari tempat yang tenang dan romantis seperti resort di tempat yang privasi, atau tempat yang mempunyai panorama yang indah. Hal ini sangat penting agar anda dan pasangan dapat menikmati bulan madu yang indah tanpa gangguan sesiapa.

Mangala Resort & Spa destinasi bulan madu impian anda!

Bercakap mengenai destinasi bulan madu impian, Mangala Resort & Spa merupakan salah satu tempat percutian yang lengkap untuk mereka yang ingin berbulan madu atau meluangkan masa bersama yang tersayang. Terletak di daerah Kuantan, Pahang Darul Makmur, resort bertaraf lima bintang ini menggabungkan konsep privasi,ketenangan serta unsur kemewahan untuk para pengunjung yang menginap di sini.

Mangala Resort & Spa ternyata mempunyai tarikan yang tersendiri lebih-lebih lagi dengan keunikan binaan villa, suasana yang mendamaikan serta pemadangan semulajadi yang menarik. Untuk pengetahuan anda, Mangala Resort & Spa ini menawarkan tiga jenis penginapan villa untuk para tetamu. Anda boleh memilih jenis-jenis villa yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan anda seperti Jala Villa, Vana Villa dan Sara Cottages.

Resort ini juga turut menawarkan kolam renang peribadi untuk sesetengah jenis villa. Untuk anda yang ingin meraikan perkahwinan di sini, anda boleh memilih rangkaian villa yang mempunyai kolam renang peribadi seperti Villa Sara Cottage. Sudah pasti dengan kolam renang peribadi yang disediakan , anda boleh menikmati ruang privasi sendiri bersama pasangan tanpa diganggu pengunjung lain.

Aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama pasangan

Resort bertaraf lima bintang ini penuh dengan aktiviti yang berkaitan dengan alam semulajadi dan semuanya percuma untuk anda nikmati. Anda boleh berbasikal dalam kawasan resort seluas 60 ekar dan pergi ke kebun buah-buahan yang terdapat di sini. Selain itu anda juga boleh menyaksikan pelbagai jenis spesis burung di sini.

Persekitaran resort ini penuh dengan tanaman-tanaman yang diusahakan seperti pokok kelapa pandan, buah kedondong,buah limau dan banyak lagi. Menurut pekerja di sini, hasil tanaman ini diguna oleh chef restoran di resort ini. Selain itu, anda juga boleh boleh berkayak dan bermain paddle boat di kawasan tasik yang luas dan memanah. Anda juga boleh bersantai di kolam renang Infinity Pool yang turut mempunyai Jacuzzi.

Pengalaman bermakna di Spa Mangala

Selain daripada suasana semulajadi yang menjadi tarikan utama, Mangala Resort & Spa juga turut mempunyai spa yang menarik untuk dikunjungi. Terdapat pakej urutan untuk anda yang datang bersama pasangan.

Nikmati 60 minit urutan Malay Massage bersama pasangan anda dan pakej istimewa lain di spa ini. Rasai pengalaman berada di spa yang dikelilingi dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi, bunyi air terjun dan bau-bauan daripada bahan semulajadi yang mengujakan.

Ternyata pengalaman berada di resort ini bakal menjadi momen-momen terindah yang boleh diabadikan bersama pasangan anda. Mangala Resort& Spa bagaikan melengkapi kehendak anda untuk meluangkan masa bersama orang yang tersayang.

Untuk maklumat lanjut berkenaan resort ini, anda boleh melayari laman web rasmi mereka atau boleh hubungi pihak Mangala Resort & Spa melalui talian 09-505 7788.

Artikel Berkaitan

Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

13 days ago
umirrasahad
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

7 days ago
umirrasahad
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

7 days ago
aisyahbadrull
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

8 days ago
aisyahbadrull
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

9 days ago
umirrasahad
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

12 days ago
aisyahbadrull