Selepas 8 Tahun Sendiri, Sasha Saidin Kahwin Kali Ketiga
umirrasahad

LAPAN tahun menjadi ibu tunggal, Sasha Saidin, 43, sah bergelar isteri kepada Sirhan Wahab, 42, dalam majlis pernikahan tertutup yang diadakan di The Sanctuary malam tadi.

Mereka telah dinikahkan oleh adik kepada Sasha, Zain Saidin yang juga suami Rozita Che Wan di hadapan ahli keluarga dan kenalan terdekat.


Image result for sasha saidin sirhan wahab
Kredit foto: beautifulnara

Anggota kumpulan Elite yang popular di era 90-an itu menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan wang hantaran sebanyak RM10,000 beserta 3 dulang berbalas 5 dulang hantaran.


Saya dah pikul tanggungjawab sebagai isteri sekarang. Doakan kebahagiaan kami.

sasha saidin.

Menurutnya lagi, dia akan berpindah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengikut suaminya yang juga bekerja di sana.

Sasha mula mengenali Sirhan, seorang duda beranak dua, sejak di bangku sekolah lagi.

Majlis pernikahan juga diadakan secara sederhana dan mengutamakan perkara wajib, memandangkan mereka berdua pernah melalui fasa perkahwinan bersama pasangan terdahulu.


Image result for sasha saidin sirhan wahab
Kredit foto: bhonline

Perkahwinan pertama Sasha bersama Johan Abdullah Skinner pada tahun 2003 di London berakhir dengan perceraian empat tahun kemudian.

Pada tahun 2007, Sasha berkahwin pula dengan seorang warga Indonesia, Salyo Priyanto namun bercerai pada tahun 2012. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 10.

Majlis pernikahan itu turut dihadiri oleh anggota kumpulan Elite yang lain seperti Azza, Watie dan Linda Rafar serta rakan artis Maria Tunku Sabri.

Kredit foto: youtube

Artikel Berkaitan

Izara Aishah Bangga Jadi Matchmaker Farah Nabilah Dan Amirul Yunus

Siapa sangka, pertemuan yang diatur oleh sahaba...

3 months ago
aisyahbadrull
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad
Gambar Sekitar Majlis Resepsi Farah Nabilah & Amirul Yunus Ala Bollywood

Majlis resepsi bertemakan Bollywood yang penuh ...

3 months ago
aisyahbadrull
Kek Kahwin Kristal 9 Tingkat Kak Lina Pom Pom!

Tahniah Mona Kampung People!

3 months ago
umirrasahad
“Farah Cukup Sempurna Di Mata Saya,” Amirul Yunus

Sama cantik sama padan!

4 months ago
aisyahbadrull