Sejarah Kewujudan Bridesmaids Ramai Tak Tahu
umirrasahad

KEHADIRAN bridesmaids atau pengiring pengantin seakan menjadi salah satu perkara wajib dalam majlis perkahwinan. Mereka inilah penyeri majlis, pembantu keluarga pengantin perempuan dan yang paling utama, menunaikan setiap permintaan dan keperluan pengantin perempuan sebelum dan semasa majlis perkahwinan. Tetapi tahukah anda asal usul kewujudan bridesmaids ini?



Kenapa pengantin perempuan berdiri sebelah kiri? Supaya tangan kanan pengantin lelaki mudah mengacu pedang kepada musuh, melindungi pengantin perempuan daripada diculik. Kenapa best man digelar sebagai best man? Kerana mereka yang terbaik dalam lawan pedang – satu kejadian yang pasti berlaku apabila ada pesaing atau keluarga pengantin perempuan sendiri datang menyerang.

Semua ini adalah kisah sejarah awal kewujudan bridesmaids dan best man di era Empayar Rom dahulu. Jangan terkejut kerana di zaman itu, apabila si lelaki jatuh cinta dengan wanita, mereka akan ‘menculik’ wanita itu dan dibawa lari untuk dijadikan isteri!

Pakaian sedondon untuk lindungi pengantin.

Pernahkah terfikir kenapa semua bridesmaids memakai pakaian yang sama warna? Ini tradisi lama di mana mereka bukan sahaja mengenakan pakaian yang sama, malahan juga sama seperti pakaian pengantin perempuan sendiri!



Alasannya bukanlah untuk nampak cantik dalam gambar, tetapi untuk kelirukan roh jahat atau kumpulan penyangak yang ingin merosakkan pengantin perempuan.

Terdapat bukti yang menunjukkan sejak awal zaman Empayar Rom dan feudal China, pengantin perempuan terpaksa mengembara jauh ke tempat asal pengantin lelaki, membuatkan dia terdedah kepada bahaya serangan penyangak dan pesaing pengantin lelaki. Dengan adanya bridesmaids yang berpakaian sedondon dengan pengantin, ia membuatkan si penjahat susah untuk mengecam siapa pengantin yang sebenar semasa dia mengembara atau di majlisnya sendiri!

Ini kemudiannya menjadi syarat wajib dalam majlis perkahwinan masyarakat Rom – mempunyai 10 orang saksi dalam majlis perkahwinan memakai pakaian sedondon. Selain itu juga, pengantin perempuan perlu memakai veil untuk menutup muka mereka daripada roh jahat dan penjahat lain.



Tradisi baharu diperkenalkan oleh Ratu Victoria.

Walaupun kebanyakan tradisi pudar dan lapuk ditelan zaman, namun tradisi yang satu ini kekal hingga ke era Victoria. Apabila Ratu Victoria mengahwini Putera Albert pada tahun 1840, kesemua 12 orang bridesmaids beliau memakai gaun putih sedondon dengan gaun satin Ratu Victoria. Persalinan mereka pada masa ini menampakkan aura suci dan menyerikan lagi majlis hingga menyebabkan adat perkahwinan diraja lama yang mengenakan warna perak terus ditukar!



Banyak perbezaannya dengan peranan dan tanggungjawab bridesmaids pada masa kini. Namun sedikit sebanyak tradisi pada zaman dahulu itu masih dikekalkan, seperti berpakaian sedondon, walaupun bukan untuk menghalau roh jahat. Mereka juga lazimnya ialah kawan dan ahli keluarga terdekat si pengantin perempuan sendiri, dan akan turut sama membantu segala persiapan perkahwinan.



Jadi berterima kasihlah kepada golongan bridemaids ini, di zaman dahulu sehinggalah sekarang, sentiasa ada di sisi membantu dan memenuhi keperluan si pengantin di hari bahagianya.

Kredit foto: pluggedin.com

Artikel Berkaitan

Perlu Ke Undang Bekas Kekasih Ke Majlis Perkahwinan Kita?

Nak jemput ke tak ye?

2 months ago
aisyahbadrull
Awas! 5 Perkara Yang Membatalkan Perkahwinan!

Semoga anda tidak tergolong dalam 5 perkara ini...

2 months ago
umirrasahad
Jangan Berkahwin Dahulu Jika Anda Belum Yakin Tentang 3 Hal Ini

Bersediakah anda?

2 months ago
aisyahbadrull
Isteri Boleh Mohon Cerai Terhadap 9 Jenis Golongan Suami Ini

Jangan terperangkap dalam rumah tangga yang tid...

2 months ago
umirrasahad
Buat Dekat McD Je! Bridal Shower Farah Nabilah Cukup Meriah

Meriahnya bridal shower Farah Nabilah!

2 months ago
aisyahbadrull
Macam Mana Nak Tolak Pinangan Dengan Cara Baik?

Tolak dengan cara baik tau

2 months ago
aisyahbadrull