Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34
umirrasahad

REZEKI anak. Itulah yang boleh diperkatakan tentang Hafiz Suip yang menang besar dalam Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) malam tadi. Hafiz membawa pulang Anugerah Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik.

Persembahan cukup romantis dari Hafiz mendendangkan lagu Kisah Cinta Kita ciptaan Dato’ A. Aida ini membuatkan semua penonton dalam stadium tersentuh apabila Hafiz menuju ke arah isterinya, yang duduk di barisan hadapan pentas.



Video saat mereka diijab kabulkan dimainkan di paparan skrin LED pentas sambil Hafiz menggenggam erat tangan isterinya yang sedang sarat mengandung itu.


Aku selalu tersenyum
Bayangkan kita hidup berdua
Berjalan berpegangan tangan
Takkan kau lepaskan

kisah cinta kita – hafiz suip.

Penonton di stadium terus bersorakan dan bertepuk tangan melihat aksi pasangan suami isteri ini yang cukup romantis!



Dengan kemenangan ini Hafiz membawa pulang trofi dan wang tunai keseluruhan berjumlah RM24, 000. Semoga kemenangan ini memberikan memori yang bermakna dan permulaan yang baik buat anak mereka yang bakal dilahirkan nanti.

AJL34 adalah anugerah muzik penuh prestij yang disiarkan setiap tahun secara langsung di TV3. Anugerah yang paling dinanti-nantikan peminat muzik tanah air mempertandingkan 12 buah lagu ciptaan pemuzik tempatan. AJL34 malam tadi disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil.



Artikel Berkaitan

Kek Kahwin Kristal 9 Tingkat Kak Lina Pom Pom!

Tahniah Mona Kampung People!

4 months ago
umirrasahad
Selepas 8 Tahun Sendiri, Sasha Saidin Kahwin Kali Ketiga

Tahniah Sasha Saidin!

4 months ago
umirrasahad
“Farah Cukup Sempurna Di Mata Saya,” Amirul Yunus

Sama cantik sama padan!

5 months ago
aisyahbadrull
Izara Aishah Bangga Jadi Matchmaker Farah Nabilah Dan Amirul Yunus

Siapa sangka, pertemuan yang diatur oleh sahaba...

5 months ago
aisyahbadrull
Gambar Sekitar Majlis Resepsi Farah Nabilah & Amirul Yunus Ala Bollywood

Majlis resepsi bertemakan Bollywood yang penuh ...

5 months ago
aisyahbadrull