Rakamkan Momen Perkahwinan Impian Anda Di Tohoku!
aisyahbadrull

Negara Jepun sememangnya dikenali sebagai salah satu destinasi terbaik untuk diterokai. Terkenal sebagai negara yang mempunyai empat musim, negara matahari terbit ini tidak hanya menjadi tumpuan pelancong sahaja. Anda juga boleh menjadikan negara Jepun sebagai tempat untuk mengabadikan momen-momen perkahwinan anda!




Selain dari daerah Tokyo yang seringkali menjadi pusat tumpuan, anda juga boleh cuba untuk meneroka satu daerah yang terletak di utara Jepun iaitu Tohoku. Daerah Tohoku merupakan salah satu daerah yang memiliki pemandangan yang indah di negara Jepun.



Bayangkan penggambaran perkahwinan anda berlatarbelakangkan cherry blossom pada musim bunga, pemandangan laut yang memukau pada musim panas, keindahan daun-daun luruh pada musim luruh yang menakjubkan serta pemandangan salji pada musim sejuk yang indah.

Pasti momen ini bakal menjadi momen paling indah untuk dikongsikan kepada anak cucu kelak.



Pihak kami akan mencadangkan tempat yang terbaik kepada anda untuk merakam momen terindah ini. Tohoku sememangnya mempunyai banyak lokasi yang menarik dan indah!

Mengikut tradisi masyarakat Jepun, mengambil gambar perkahwinan sebelum bermulanya majlis perkahwinan digelar sebagai ‘Maedori’. Kebiasaannya, pasangan pengantin akan mengenakan busana pengantin mereka ataupun memakai pakaian perkahwinan tradisi turun-temurun negara itu iaitu kimono.





Tohoku tidak hanya memberi anda kenangan terindah sebagai destinasi berbulan madu sahaja, anda juga berpeluang untuk merasai pengalaman bergambar dengan gaya tradisional masyarakat Jepun, meraikan ulang tahun perkahwinan  serta merakam momen indah bersama kekasih anda. Kami percaya, meluangkan masa bersama insan tercinta di tempat seperti ini pasti menjadi impian semua. 






Menarik kan? Sekiranya berminat, hantarkan permintaan anda di Ippinmura, Tohoku Japan. Kami akan membantu anda mencari jurugambar profesional, sesuai mengikut kehendak anda dan mencadangkan tempat yang terbaik untuk anda terokai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.ippinmura.jp/ . Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jadikan imaginasi perkahwinan impian anda sebagai satu kenyataan!

Artikel Berkaitan

10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

2 months ago
aisyahbadrull
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

2 months ago
aisyahbadrull
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

2 months ago
umirrasahad
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

2 months ago
aisyahbadrull
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

2 months ago
umirrasahad
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad