Rakaman Suara Bukti Amber Heard Mengaku ‘Memukul’ Johnny Depp!
umirrasahad

  • Amber Heard mengaku ‘memukul’ Johnny Depp dalam pengakuan eksklusif rakaman audio dari tahun 2015.
  • Pasangan ini juga cuba memulihkan hubungan mereka dan Heard mengaku dia mengalami ‘violent tantrums’.
  • Satu jari Depp cedera disebabkan Heard sebulan selepas mereka berkahwin.
  • Depp turut sertakan bukti lebam di muka dalam samannya berjumlah USD50 juta terhadap Heard.
  • Heard juga menuduh Depp ‘menyerangnya’ dengan menunjukkan bukti gambar lebam, parut dan sebahagian rambutnya yang gugur.

AMBER Heard mengaku ‘memukul’ bekas suaminya, Johnny Depp dan membalingnya dengan periuk, kuali dan pasu dalam pengakuan eksklusif rakaman audio.

Heroin Aquaman itu turut mengaku mengalami violent tantrums dalam rakaman audio tahun 2015 itu ketika mereka cuba untuk memulihkan kembali hubungan mereka.

Rakaman ini adalah sebahagian daripada sesi ‘terapi’ selama 2 jam yang dirakam dengan persetujuan Heard sendiri dalam telefon bimbitnya bersama Depp.



Ekoran daripada kes ini, Depp telah memfailkan saman balas terhadap Heard sebanyak USD50 juta. Depp turut menyertakan gambar mukanya yang lebam akibat dicederakan oleh Heard.



Dalam satu kejadian di Australia, satu jari Depp tercedera selepas sebulan berkahwin dengan Heard. Menurut Depp, jarinya tercedera selepas Heard mengamuk ketika diminta untuk menandatangani post-nuptial agreement. Heard dikatakan membaling beberapa botol kepada Depp. Salah satu botol tersebut terkena meja marmar lalu pecah dan hujung jari Depp terkena serpihan pecahan itu.


The audio exchange possible echoes of a bloody incident in which Depp suffered a severed finger one month into their marriage in Australia. Depp claims he severed his finger because Heard was enraged she was asked to sign a post-nuptial agreement, that she threw bottles at him. He claimed one of those bottles hit a marble countertop and exploded, ripping off the tip of his finger in the process (pictured)

Difahamkan terdapat beberapa rakaman lagi, di mana setiap satunya membuktikan keganasan yang dilakukan Heard terhadap Depp, namun cuba dinafikan oleh Heard.



Heard telah memfailkan perceraian daripada Depp pada bulan Mei 2016 dan menuduh Depp memukulnya sepanjang perkahwinan singkat mereka selama 18 bulan.

Depp kemudiannya memfailkan saman fitnah terhadap Heard sebanyak USD50 juta kerana dakwaan Heard itu telah menjejaskan reputasinya sebagai pelakon dan menyebabkan dia digugurkan oleh Disney sebagai Captain Jack Sparrow – watak popular dalam siri filem Pirates of the Carribean yang telah menaikkan lagi nama Depp.

Selain daripada Disney, Depp turut digugurkan dalam beberapa lagi watak filem lain.


“Dia memukul, menumbuk dan menendang saya. Dia juga sering membaling objek ke badan dan kepala saya seperti botol, tin air, lilin yang menyala dengan api, alat kawalan jauh TV dan banyak lagi yang telah menyebabkan saya cedera teruk.”

johnny depp.

Pasangan ini telah berkahwin pada bulan Februari 2015 tetapi berpisah kurang 2 tahun kemudian selepas Heard memfailkan perintah larangan untuk mendekatinya terhadap Depp dengan alasan Depp telah membaling telefon bimbit ke mukanya di rumah mereka di Los Angeles.


Amber Heard admits to 'hitting' Johnny Depp in an explosive audio confession obtained exclusively by DailyMail.com. The estranged couple tried to talk through their marriage problems and Heard opens up about her violent tantrums in a series of taped conversations from 2015. Pictured: The former couple in September 2015

Heard mengatakan bukti kejadian pada 27 Mei 2016 itu ada pada pihak polis, namun dua anggota polis LAPD (Los Angeles Police Department) kemudiannya mengatakan mereka tidak menjumpai sebarang bukti yang menunjukkan berlakunya kes jenayah semasa kejadian itu berlaku.

Pasangan ini kemudiannya bersetuju dengan USD7 juta sebagai penyelesaian kepada kes itu pada bulan Ogos 2016, di mana Heard mengatakan dia telah mendermakannya kepada badan kebajikan.

Namun semua ini hanyalah permulaan kepada pertelingkahan mereka yang berpanjangan sehingga ke hari ini.

Sumber & kredit foto/video: dailymail.co.uk & Youtube