Petanda Pasangan Tak Kekal Lama Menurut Pakar Perunding Perkahwinan
umirrasahad

DARIPADA bajet yang tidak realistik hinggalah konflik keluarga, banyak hal yang boleh timbul menambahkan kekalutan dalam menyiapkan persiapan perkahwinan. Masa inilah nanti bakal pengantin akan mula menunjukkan ‘belang’ mereka.

Walaupun ramai pasangan pengantin yang menjadi lebih kuat selepas melalui proses yang sangat stres ini bersama, ada juga pasangan yang mula menampakkan ketidakserasian bersama. Pada ketika itu, siapa lagi yang lebih rapat dengan bakal pengantin kalau bukan pakar perunding perkahwinan atau wedding planner. Ini yang dikongsikan oleh mereka yang sudah bertahun-tahun pengalaman dalam industri ini.

1. Pasangan tak tolong rancang majlis bersama.



Pengantin perempuan saja yang menunjukkan minat, pengantin lelaki pula buat tak endah saja. Ada lelaki yang begini kerana merasakan persiapan seperti pemilihan baju pengantin biarlah perempuan yang buat keputusan, tapi mereka tetap beri sokongan seperti ikut sama ke butik pengantin, berjumpa dengan pihak katering dan sebagainya.

Namun hati-hati jika si lelaki itu membiarkan segala urusan diselesaikan oleh perempuan 100%. Ini nampak seperti mereka memang tidak mahu kahwin!

2. Tak hormat pasangan.



Dalam apa pun hal, kita tentu mahukan yang terbaik untuk kita. Samalah seperti merancang majlis perkahwinan. Bila tidak bersetuju tentang sesuatu perkara, haruslah dibincangkan bersama sehingga mencapai kata sepakat. Ini tidak, setiap keputusan pasangan akan dikritik atau dipersendakan. Kalau sudah berkahwin nanti macam mana pula?

3. Si dia ‘tak ngam’ dengan keluarga pasangan.



Mungkin pada permulaannya berasa janggal, tak bermaksud hubungan itu akan tidak berhasil. Cara setiap orang dibesarkan dalam keluarga masing-masing juga mungkin berbeza. Namun jika sudah lama berkenalan tetap tidak dapat menyesuaikan diri dengan keluarga pasangan, potensi untuk konflik timbul sangat tinggi.


Mestilah ada usaha untuk berbaik dengan keluarga pasangan, kita bukan nak kahwin sekejap saja tetapi hingga ke akhir hayat!


4. Gunakan wedding planner sebagai pakar terapi.



Kita bayar wedding planner itu untuk membantu memudahkan persiapan perkahwinan, bukannya sebagai tempat untuk meluahkan perasaan dan masalah. Dalam hubungan yang sihat, pasangan kita itu yang sepatutnya menjadi orang yang buat kita berasa tenang dan selesa untuk meluahkan segalanya. Jika pasangan sendiri yang setiap kali menjadi punca masalah, sudah tentu itu bukan satu petanda yang baik untuk memulakan rumah tangga.

Ramai pasangan yang berkahwin untuk majlis perkahwinan, tetapi tidak membuat persiapan untuk berumah tangga. Jika anda atau pasangan mengalami salah satu daripada perkara di atas, fikirkanlah semula adakah anda berkahwin untuk hidup bersama ke akhir hayat atau semata-mata untuk majlis perkahwinan sahaja.

Artikel Berkaitan

Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

2 months ago
aisyahbadrull
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

2 months ago
aisyahbadrull
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

2 months ago
umirrasahad
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

2 months ago
aisyahbadrull
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

2 months ago
umirrasahad