Perlu Ke Undang Bekas Kekasih Ke Majlis Perkahwinan Kita?
aisyahbadrull

MAJLIS perkahwinan pastinya menjadi satu momen terpenting yang ditunggu-tunggu oleh kita dan pasangan. Semua persiapan perlulah dilakukan dengan rapi dan sempurna termasuklah menyenaraikan tetamu yang perlu dijemput bagi meraikan hari bahagia kita.

Setiap tetamu yang hadir pasti akan akan datang dengan perasaan yang gembira untuk meraikan hari bersejarah kita. Namun, pernahkah anda terfikir untuk mengundang bekas kekasih ke majlis anda? Sebenarnya, jawapan daripada persoalan ini dapat dijawab berdasarkan punca perpisahan anda dengan bekas kekasih. Jadi, perlu ke tidak sebenarnya?

Boleh undang jika : Bekas kekasih cuma cinta monyet sahaja

Semua orang pasti mempunyai cinta monyet ketika kita berada di zaman sekolah dahulu. Jika anda dan cinta monyet anda masih berkawan sehingga hari ini, tidak salah untuk anda menjemputnya ke majlis perkahwinan anda. Cinta monyet hanya satu perkara biasa yang kita semua lakukan ketika remaja kan?

Boleh undang jika: Semua orang menyenangi kehadiran bekas kekasih anda

Majlis perkahwinan bukanlah acara untuk diri anda sahaja. Anda perlu fikir perasaan pasangan anda, keluarga anda dan keluarga pihak lelaki juga. Pastikan tetamu yang diundang memberi kesan baik kepada keluarga . Jika pasangan dan keluarga anda tidak keberatan dan memahami, apa salahnya anda mengundang bekas kekasih ke majlis anda.

Boleh undang jika: Anda dan pasangan berkawan baik dengan bekas kekasih

Sebenarnya, tidak salah jika mengundangkan bekas kekasih ke majlis perkahwinan kita. Ini menunjukkan kita sudah move on sepenuhnya dari kisah silam kita bersamanya. Lebih-lebih lagi jika pasangan anda pun boleh menjalinkan persahabatan dengan bekas kekasih anda.

Jangan undang jika: Anda risau tentang respon orang lain

Jika anda dan bekas kekasih berpisah secara tidak baik dan perkara itu telah menyakiti hati keluarga, sebaiknya tidak perlulah mengundang dia datang ke majlis anda. Keluarga merupakan orang terpenting di dalam hidup kita. Mereka orang yang paling gembira di majlis perkahwinan anda nanti. Tidak perlu mengundang bekas kekasih jika keluarga anda tidak senang dengan kehadirannya.

Jangan undang jika: Ada urusan yang belum selesai dengan bekas kekasih

Ketika berpisah, pasti banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum anda memulakan hidup yang baru. Jika permasalahan anda dan bekas kekasih masih belum selesai dan rumit, sebaiknya tidak perlulah menjemput dia ke majlis anda. Bekas kekasih anda juga pasti keberatan untuk datang jika dijemput sekalipun.

Jangan undang jika: Pasangan anda cemburu dengan bekas kekasih

Sukar untuk memahami orang lain lebih-lebih lagi melibatkan hati dan perasaan. Jika pasangan anda masih menyimpan perasaan cemburu terhadap bekas kekasih anda, tidak perlulah untuk jemput bekas kekasih anda. Hari perkahwinan merupakan momen paling indah buat anda dan pasangan. Jangan rosakkan kenangan manis ini hanya kerana kehadiran bekas kekasih.

Selepas baca kemungkinan di atas ini rasa-rasanya perlu ke nak jemput bekas kekasih ke majlis perkahwinan anda?

Kredit foto: Getty Images

Artikel Berkaitan

Isteri Boleh Mohon Cerai Terhadap 9 Jenis Golongan Suami Ini

Jangan terperangkap dalam rumah tangga yang tid...

4 months ago
umirrasahad
Awas! 5 Perkara Yang Membatalkan Perkahwinan!

Semoga anda tidak tergolong dalam 5 perkara ini...

4 months ago
umirrasahad
Macam Mana Nak Tolak Pinangan Dengan Cara Baik?

Tolak dengan cara baik tau

4 months ago
aisyahbadrull
Buat Dekat McD Je! Bridal Shower Farah Nabilah Cukup Meriah

Meriahnya bridal shower Farah Nabilah!

4 months ago
aisyahbadrull
Jangan Berkahwin Dahulu Jika Anda Belum Yakin Tentang 3 Hal Ini

Bersediakah anda?

4 months ago
aisyahbadrull
9 Jenis Pernikahan Yang Diharamkan Dalam Islam

Fahami jenis-jenis pernikahan yang dilarang dal...

4 months ago
umirrasahad