Perkahwinan Datuk Sri Eizlan Yusof Bakal Jadi “Wedding Of The Year” 2019?
aisyahbadrull

Wah! Nampaknya perkahwinan Dato Sri Eizlan Yusof dan pasangannya Natasha Rosa pada 12 Disember 2019, Khamis ini bakal menjadi buah mulut peminat.

Apatah lagi, difahamkan perkahwinan itu akan berlangsung selama empat hari bermula dengan Malam Berinai bertemakan Arabian Night yang akan dilangsungkan pada 11 Disember ini.

Menurut sumber, menjelang majlis pernikahan pelakon kacak ini pada 12 Disember nanti, Eizlan dan pasangannya Natasha akan melangsungkan majlis yang bertemakan ‘All White’. Malah pengantin juga dijangka akan berarak menaiki bot menyeberangi tasik di Marina, Putrajaya sebelum berarak masuk ke The Glass Suite, BoraOmbak Putrajaya.

Related image

Manakala pada malam resepsi mereka pada 13 Disember 2019 nanti, pasangan bakal pengantin ini akan diberi penghormatan ‘sword bearer’, pancaragam ‘bagpipe’, dan akan dihiburkan oleh beberapa artis popular tanah air.

Seramai 800 tetamu dijangka hadir dan terdiri daripada golongan bangsawan, keluarga diraja, tokoh industri dan pemimpin negara.

Pada 14 Disember pula, sebuah lagi majlis resepsi apresiasi turut diadakan bagi meraikan penaja, media dan rakan-rakan artis.

Melihat pada empat majlis gah itu, tidak hairanlah ramai mendakwa kos penganjuran majlis perkahwinan Eizlan dan Tasha bukan calang calang sehingga mencecah RM2 juta dan bakal mendapat jolokan Wedding of The Year!

Sama-sama kita nantikan ya!

Artikel Berkaitan

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Farah Nabilah & Amirul Yunus Ala Bollywood

Majlis resepsi bertemakan Bollywood yang penuh ...

3 months ago
aisyahbadrull
Selepas 8 Tahun Sendiri, Sasha Saidin Kahwin Kali Ketiga

Tahniah Sasha Saidin!

2 months ago
umirrasahad
Kek Kahwin Kristal 9 Tingkat Kak Lina Pom Pom!

Tahniah Mona Kampung People!

3 months ago
umirrasahad
Izara Aishah Bangga Jadi Matchmaker Farah Nabilah Dan Amirul Yunus

Siapa sangka, pertemuan yang diatur oleh sahaba...

3 months ago
aisyahbadrull
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad