Penuh Istiadat, Majlis Persandingan Eizlan Yusof Dan Natasya Rosa Berjaya Curi Perhatian
aisyahbadrull

PELAKON popular Datuk Sri Eizlan Yusof telah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis Serani, Natasha Rosa pada 14 Disember lalu di The Glass Suite, Boraombak, Marina Putrajaya. Nastasha yang telah memeluk agama Islam pada Ogos lalu menerima mas kahwin berjumlah RM80 berserta wang hantaran sebanyak RM12,121.90.

Majlis persandingan kedua mempelai ini telah dijalankan pada keesokan harinya dengan penuh istiadat dan meriah. Eizlan yang merupakan Kolonel Bersekutu (PA) diraikan dengan penuh istiadat APM menerusi majlis persandingan yang diadakan pada 13 Disember lalu di Ballroom Boraombak. Majlis persandingan ini juga dihadiri oleh YAM Tengku Laksamana Selangor dan YAM Tengku Puteri Seri Kemala Pahang.

Selain itu, majlis istimewa ini turut dihadiri oleh rakan-rakan artis seperti Ziela Jalil, Dato Sheila Majid, Wak Doyok, dan Datin Nina Juren. Kemeriahan majlis persandingan malam itu diserikan dengan beberapa acara menarik seperti perarakan pengantin di bawah silang pedang dan persembahan pancaragam bagpipe. Kedua ibu bapa Natasha juga telah membuat kejutan dengan membuat persembahan pada malam itu.

Tidak hairanlah majlis ini berjaya mencuri perhatian ramai. Siapa sahaja yang tidak menginginkan perkahwinan yang penuh istiadat dan indah seperti ini. Datin Seri Natasha Rosa kelihatan manis mengenakan busana berwarna putih di samping Datuk Seri Eizlan Yusof.

Tahniah buat Datuk Seri Eizlan Yusof dan Datin Seri Natasha Rosa. Semoga Mahligai cinta yanng dibina kekal sehingga ke akhir hayat.

Artikel Berkaitan

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Farah Nabilah & Amirul Yunus Ala Bollywood

Majlis resepsi bertemakan Bollywood yang penuh ...

3 months ago
aisyahbadrull
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad
Kek Kahwin Kristal 9 Tingkat Kak Lina Pom Pom!

Tahniah Mona Kampung People!

3 months ago
umirrasahad
Selepas 8 Tahun Sendiri, Sasha Saidin Kahwin Kali Ketiga

Tahniah Sasha Saidin!

2 months ago
umirrasahad
Izara Aishah Bangga Jadi Matchmaker Farah Nabilah Dan Amirul Yunus

Siapa sangka, pertemuan yang diatur oleh sahaba...

3 months ago
aisyahbadrull