Pentingkah Cuti Bersalin?
umirrasahad

SEMBILAN bulan ‘mengusung’ perut, kini penantian si ibu berakhir dengan kelahiran si kecil yang ditunggu-tunggu. Tibalah masanya untuk memulakan tempoh berpantang dan cuti bersalin buat si ibu yang bekerjaya.

Cuti bersalin waktu untuk bersuka-ria?



Ada segelintir individu yang menganggap cuti bersalin ialah masa untuk si ibu duduk bermalas-malasan di rumah. Ada juga segelintir ibu yang baru bersalin terutamanya yang pertama kali bersalin berfikiran yang sama seperti itu. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran pembantu atau mak bidan yang menguruskan bayi dan makan minum mereka.

Oh tidak! Tidak sama sekali ya. Cuti bersalin itulah tempoh untuk si ibu merapatkan diri dengan bayi yang baru dilahirkan dan memberikan masa untuk tubuh badan mereka pulih daripada proses bersalin.

Tahukah anda cuti bersalin di Malaysia (60 hari untuk kakitangan swasta dan 90 hari untuk kakitangan awam) ialah antara yang paling singkat di dunia?


Image result for maternity leave comparison"
Kredit foto: fairygodbosss.com

Berdasarkan kajian, purata cuti bersalin bagi wanita diberikan sekurang-kurangnya 120 hari, contohnya seperti di Singapura dan Bangladesh. Di Sweden pula, setiap ibu bapa diberikan cuti selama 90 hari seorang dan waktu bekerja disingkatkan sebanyak 25% sehingga anak itu berumur 8 tahun! Selain itu, kaum bapa yang tidak bekerja turut diberikan bayaran!

Buat apa cuti lama sangat?

Kebanyakan ibu bapa kini sama-sama bekerja, jadi mereka memerlukan masa di awal kelahiran ini untuk merapatkan diri dengan bayi mereka sendiri selain daripada mempersiapkan bayi itu untuk dihantar ke pengasuh. Bayangkanlah bayi yang masih merah dan menyusu badan terpaksa dihantar ke pengasuh atau taska atas tuntutan kerja. Tidak semua yang bernasib baik dapat menjaga anak mereka sendiri sepenuhnya. Lihatlah berapa banyak kes bayi mati di rumah pengasuh dan taska telah dilaporkan sehingga kini.

Risiko wujudnya postnatal blues dikalangan para ibu selepas bersalin sangat tinggi.



Masalah kemurungan ini terjadi apabila si ibu tertekan, stres dan penat apabila secara tiba-tiba terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana baharu dan kehadiran si kecil yang menuntut perhatian kita setiap masa.

Menurut hellodoktor.com, selepas melahirkan, hampir 50 peratus wanita akan berdepan dengan masalah kemurungan dan ia boleh bertukar menjadi situasi yang serius seperti post-partum depression (PPD). Antara simptom PPD adalah:

  • Insomnia
  • Menangis tanpa sebab
  • Ketidakupayaan untuk menguruskan tugasan harian
  • Wujud keinginan untuk mencederakan bayi atau diri
  • Rasa tidak bernilai dan putus asa
  • Kehilangan tenaga dan kelesuan
  • Hilang selera atau penurunan berat badan

Kepentingan cuti bersalin yang panjang bukanlah semata-mata untuk memberikan rehat kepada ibu yang baru melahirkan anak kerana sesungguhnya tidak wujud istilah rehat selepas melahirkan anak. Ini terutama bagi individu yang terpaksa menjaga anak sendirian tanpa bantuan pihak lain.  

Tetapi dengan cuti bersalin yang lebih panjang, ia sekurang-kurangnya dapat memberikan manfaat terhadap kualiti kesihatan wanita. Ini kerana mereka boleh menumpukan sepenuh perhatian bagi memulihkan kesihatan ibu sebelum memulakan tugas dan mengelakkan tekanan kerja yang boleh memberi impak kepada bayi dan diri sendiri. 



Oleh itu jangan pernah mempersoalkan kepentingan cuti bersalin buat kaum wanita. Jika negara kita dapat mempertimbangkan undang-undang yang baharu buat kaum ibu dan bapa yang lebih praktikal dengan keadaan masa kini juga amatlah dialu-alukan.

Kredit foto: todaysparent.com

Artikel Berkaitan

Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

2 months ago
umirrasahad
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

2 months ago
aisyahbadrull
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

2 months ago
aisyahbadrull
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

2 months ago
aisyahbadrull
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

2 months ago
umirrasahad
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad