5 Perkahwinan Rahsia Selebriti Korea yang Buat Fans Patah Hati!
aisyahbadrull

MENJADI selebriti terkenal di negara Korea Selatan bukanlah satu perkara yang mudah. Selain mempunyai peminat yang fanatik, kehidupan peribadi mereka juga seringkali mendapat liputan meluas di media. Ini menjadi salah satu sebab mengapa kebanyakan artis Korea merahsiakan kisah peribadi mereka dan memilih untuk berkahwin secara rahsia. 

Jom kita lihat senarai artis-artis Korea Selatan yang memilih untuk berkahwin secara rahsia bersama pasangannya. 

Won Bin dan Lee Na Young

Aktor yang terkenal menerusi drama Autumn In My Heart iaitu Won Bin memilih untuk merahsiakan perkahwinannya bersama Lee Na Young pada 30 Mei 2015. Mereka melangsungkan perkahwinan secara sederhana di kampung halaman Won Bin iaitu di Gangwon-do. Won Bin dan Lee Na Young hanya menjemput keluarga terdekat dan kenalan yang rapat sahaja.

Sungmin ‘Super Junior’ dan Kim Sa Eun

Perkahwinan pasangan ini  pernah mencetuskan kontroversi di Korea Selatan  pada tahun 2014. Perkahwinan di antara ahli boyband terkenal Super Junior iaitu Sungmin dan pasangannya Kim Sa Eun ternyata menimbulkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak termasuk peminat Sungmin. Mereka berasa kecewa kerana menganggap keputusan yang dilakukan oleh Sungmin terlalu drastik dan cepat. 

Choi Ji Woo

Choi Ji woo dikhabarkan telah mendirikarn rumahtangga bersama pilihan hatinya yang bukan daripada kalangan selebriti. Berita tentang perkahwinan Choi Ji Woo ini telah mengejutkan pelbagai pihak termasuklah YG Entertaiment, selaku syarikat agensi yang menjaga Choi Ji Woo. Selebriti jelita ini juga menyampaikan khabar gembira ini menerusi sepucuk surat yang telah dimuatnaik di laman sosialnya.

Rain dan Kim Tae Hae

Pasangan ini sememangnya dikenali kerana usia percintaan mereka yang lama. Tanggal 19 Januari 2017, Rain dan Kim Tae Hae telah mengejutkan peminat mereka dengan melangsungkan pernikahan pada tarikh tersebut. Persiapan perkahwinan dilakukan secara rahsia dan para tetamu hanya dijemput sehari sebelum majlis dilangsungkan. Mereka mengadakan majlis secara tertutup di Gahoe-dong, Seoul.

Lee Min Jung dan Lee Byung Hun

Pelakon yang mula terkenal selepas membintangi drama Boys Over Flowers, Lee Min Jung, memilih untuk melangsungkan perkahwinan secara rahsia bersama pelakon lama, Lee Byung Hun pada tahun 2013. Ramai peminat mereka terkejut apabila mengetahui pasangan ini sebenarnya menjalin cinta secara rahsia selama 7 tahun.

Antara 5 perkahwinan selebriti Korea ini, mana yang mengejutkan anda?