Nak Suami Selalu Rindu? Ikut 4 Tip Ini!
aisyahbadrull

PERASAAN rindu menjadi salah-satu tanda kita mencintai seseorang. Untuk anda yang sudah berumah tangga, saling merindui sebenarnya mampu menguatkan sesebuah perhubungan tau. Lebih-lebih lagi anda dan pasangan perlu berjauhan atas sebab kerja dan lain-lain.

Nak suami kita selalu rindu pada kita pun ada caranya. Menurut sebuah portal, momjunction.com menerusi sebuah artikel yang bertajuk How To Make Him Miss You: 21 Best Tips To Try , saling merindui antara satu sama lain merupakan satu perbuatan yang romantis. Dalam hal ini, kaum wanita lebih ekspresif dalam menunjukkan rasa rindu mereka terhadap suami.

Ada beberapa tip yang anda boleh cuba untuk membuatkan suami anda sentiasa merindui anda ketika berjauhan. Nak tahu tak?

Letak barang penting milik anda di dalam beg suami

Ketika kita melihat sesuatu barang, secara automatik kita pasti akan mengingati pemilik barang atau sesuatu perkara yang berkaitan dengan barang tersebut. Anda boleh meletakkan barang kepunyaan anda di dalam beg suami seperti gincu, sepit rambut atau sesuatu yang lebih intim. Letakkan di bahagian yang mudah dicari oleh suami supaya suami anda akan selalu mengingati anda walau di mana pun dia berada.

Masak sesuatu yang istimewa

Ketika suami anda perlu outstation untuk beberapa hari, masakkan sesuatu yang istimewa dan lain daripada kebiasaan. Jika suami anda perlu outstation dalam tempoh yang lama, masakkan makanan kegemarannya terlebih dahulu sebelum si dia berangkat. Air tangan isteri sebenarnya boleh menjadi senjata yang cukup efektif untuk membangkitkan rasa cinta dan rindu!

Beri motivasi atau pujian

Kata-kata pujian dan motivasi harus diberi kepada suami supaya mereka sentiasa rasa dihargai dan disayangi. Ketika sedang berjauhan, sekali-sekala kirimkan pesanan ringkas kepada suami anda. Ungkapkan kata cinta dan kata-kata motivasi supaya suami sentiasa rasa dekat dengan anda. Namun jangan terlalu kerap dan keterlaluan ya, takut suami rasa terganggu pula.

Beri kejutan untuk suami anda

Siapa sahaja yang tidak sukakan kejutan kan? Sebuah kejutan akan menjadikan suami anda semakin teruja dan selalu merindui anda. Rancanglah kejutan untuk menyambut ketibaan suami anda pulang ke rumah. Suami anda pasti bertambah rindu dan cinta bila lihat usaha anda!

Banyak lagi cara untuk memastikan encik suami sentiasa merindui kita. Semuanya terpulang mengikut cara tersendiri. Apa yang penting, perasaan rindu sesama pasangan perlulah dijaga dan pastikan rasa ini semakin bertambah setiap hari!

Kredit foto: Stocksy

Artikel Berkaitan

10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

2 months ago
aisyahbadrull
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

2 months ago
umirrasahad
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

2 months ago
aisyahbadrull
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

2 months ago
aisyahbadrull
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

2 months ago
umirrasahad