Nak Rumah Tangga Bahagia? Amalkan Tip Ini!
umirrasahad

BILA mendirikan rumah tangga, dah tentulah kita inginkan hubungan itu kekal hingga ke akhir hayat. Bukan mudah nak kekalkan kebahagiaan bersama, ia perlukan kompromi dan saling memahami antara kedua pihak.

Samalah seperti air, rumah tangga pun ada pasang surutnya. Yang penting kita dan si dia sama-sama tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam rumah tangga. Bukan mudah, tapi tidak mustahil! Amalkan 5 tip ini, pasti bahagia!

Komunikasi. Komunikasi. Komunikasi!



Ya, ini sangat penting! Cuba cari ruang dalam sehari untuk diluangkan bersama pasangan, dan pastikan ini menjadi amalan sejak mula-mula berkahwin. Contohnya seperti jadikan makan malam bersama satu keutamaan. Masa inilah kita nak bincangkan apa yang kita buat seharian, masalah, semuanyalah! Untuk yang dah ada anak, pastikan tiada gangguan daripada anak-anak ok?

Kerap melakukan seks.



Salah satu punca utama berlakunya kes perceraian ialah kurang keintiman antara pasangan suami isteri. Tiada jumlah yang tepat untuk berapa kerap setiap pasangan perlu lakukan hubungan seks, memadai jika ianya dipersetujui kedua pihak.

Tinggalkanlah gaya hidup bujang tu!



Sebagai individu yang sudah berkahwin, prioriti kita mestilah untuk pasangan. Maknanya, gaya hidup kita tidaklah sebebas masa bujang dulu. Janganlah pergi melepak sehingga lewat malam dengan kawan-kawan. Nak berkongsi sesuatu di media sosial tu, pastikanlah tidak mengguris hati pasangan pula! Bukan tak boleh, tapi jagalah batasnya.

Dah bersedia baru fikirkan tentang anak.



Kalau hubungan kita dengan pasangan pun belum stabil, janganlah dikeruhkan lagi dengan kehadiran anak. Sesetengah orang kata, anak itu pengikat kasih antara suami isteri. Tapi ingatlah, jangan jadikan ia penyebab untuk ‘mengikat’ pasangan supaya kekal setia, lain pula jadinya! Kalau rasa dah cukup bersedia dari segi ekonomi dan emosi untuk menimang cahaya mata, barulah cuba ok?

Kredit foto: fanpop.com

Artikel Berkaitan

Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

2 months ago
aisyahbadrull
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

2 months ago
umirrasahad
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

2 months ago
umirrasahad
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

2 months ago
aisyahbadrull
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

2 months ago
aisyahbadrull