Momen Manis Brad Pitt Dan Jennifer Aniston di SAG Awards 2020
aisyahbadrull

PERTEMUAN Jennifer Aniston dan Brad Pitt di acara Screen Actors Guild (SAG) Awards yang berlangsung baru-baru ini terus menjadi topik perbincangan yang hangat media dan warganet.

Kedua pasangan yang pernah mendirikan rumah tangga ini dikatakan kembali mesra walaupun hakikatnya mereka tidak pernah bermusuh selepas memutuskan untuk berpisah pada tahun 2005.

Ternyata kisah mereka sering menjadi sorotan media sehingga ke hari ini!

Kemesraan mereka mula dihidu apabila Brad Pitt menghadiri majlis ulang tahun Jennifer pada Disember tahun lalu.

Momen Reuni Jennifer Aniston dan Brad Pitt di SAG Awards 2020
Kredit foto: eonline.com

Selain itu, semasa acara SAG Awards berlangsung, Brad Pitt telah dinobatkan sebagai pelakon terbaik menerusi filem Once Upon A Time In Hollywood. Ketika Brad Pitt sedang memberikan ucapan penghargaan di atas pentas, Jennifer Aniston dilihat sedang tersenyum manis sambil memandang bekas suaminya itu.

Momen Reuni Jennifer Aniston dan Brad Pitt di SAG Awards 2020
Kredit foto: gmanetwiork.com

Tidak hanya Brad Pitt sahaja, Jennifer juga turut menggondol anugerah pelakon terbaik menerusi siri televisyen The Morning Show pada malam itu. Ketika Jennifer naik ke atas pentas, Brad Pitt sedang melihat bekas isterinya di televisyen belakang pentas.

Momen Reuni Jennifer Aniston dan Brad Pitt di SAG Awards 2020
Kredit foto: gmanetwiork.com

Mereka berdua sempat bertemu di belakang pentas dan berpelukan. Adakah cinta lama akan berputik semula?

Momen Reuni Jennifer Aniston dan Brad Pitt di SAG Awards 2020
Kredit foto: eonline.com

Walaupun kedua-duanya menafikan perhubungan mereka dan hanya mengaku sebagai teman sahaja, kisah mereka tetap menjadi buah mulut dan perbincangan media dan orang ramai ketika ini.

Hanya mereka sahaja yang tahu status sebenar hubungan mereka. Jika bersatu kembali pun apa salahnya kan? Sesuai sangat!

Kredit foto: eonline.com

Artikel Berkaitan

Rakaman Suara Bukti Amber Heard Mengaku ‘Memukul’ Johnny Depp!

Johnny Depp akhirnya bersuara.

22 days ago
umirrasahad
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

18 days ago
aisyahbadrull
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

14 days ago
aisyahbadrull
Foto- Foto Kenangan Kobe Bryant Bersama Isteri Dan Cahaya Matanya

Rest in peace, Kobe dan Gianna

a month ago
aisyahbadrull
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

13 days ago
umirrasahad