Mogok Sekolah: Cara Atasi Anak Tak Nak Pergi Sekolah
umirrasahad

HAMPIR sebulan sesi persekolahan bermula, namun masih ada anak-anak yang mogok tidak mahu ke sekolah. Pening ibu bapa dibuatnya!

Tak semua anak-anak yang dapat melalui proses peralihan dalam kehidupan ini dengan baik dan lancar. Daripada pra-sekolah ke sekolah sebenar, berpisah dengan ibu bapa, berkenalan dengan orang baharu serta suasana asing di sekolah.



Itulah jadinya mogok tak mahu ke sekolah. Kalau sampai ke sekolah pun, menangis meraung tak mahu ibu bapa tinggalkan mereka keseorangan di situ.

Kadangkala nampak kelakar juga namun jangan sesekali kita sebagai ibu bapa memandang remeh akan situasi ini. Kerana kesannya buat sesetengah anak-anak, wujud perasaan negatif seperti ketakutan, kemurungan dan lain-lain masalah psikologi.

Kenalpasti simptom mogok sekolah



Jika anak kita berulang kali bersikap atau melakukan perkara di bawah ini, berkemungkinan besar ia adalah tingkah laku mogok sekolah yang mungkin wujud:

  • Sikap tidak normal seperti agresif, penafian, keletihan, kemurungan, kegelisahan sosial, ketakutan dan panik.
  • Sikap mencari perlindungan yang berlebihan.
  • Suka berkepit dengan individu dewasa secara berlebihan.
  • Mengamuk atau menangis apabila perlu ke sekolah.
  • Melarikan diri daripada sekolah atau rumah.
  • Cuba untuk lambat, tiba ke sekolah selambat yang boleh.
  • Cuba mendapatkan keizinan untuk tidak hadir ke sekolah atau kerap untuk mendapatkan rawatan harian untuk masalah fizikal seperti kekejangan perut, sakit kepala atau mual. Walau bagaimanapun, simptom ini hilang sebaik sahaja mereka dibenarkan pulang ke rumah.

Jadi apa puncanya?



Selalunya 6 perkara ini menjadi punca utama:

  • Kesukaran untuk bersosial seperti pengucapan awam, pengasingan, konflik atau dibuli dengan rakan.
  • Kesukaran dalam akademik seperti kesukaran dalam hal berkaitan gred atau kegelisahan ujian.
  • Kesukaran atau konflik dengan guru.
  • Kegelisahan perpisahan, iaitu rasa takut sesuatu mungkin berlaku kepada mereka atau ibu bapa mereka apabila berpisah.
  • Peristiwa traumatik seperti kesakitan atau kematian ahli keluarga atau perpisahan atau perceraian ibu bapa.
  • Manfaat yang diperolehi apabila duduk di rumah seperti dapat menonton televisyen, bermain permainan video atau meluangkan masa dengan keluarga tersayang.

Segera cuba selesaikan isu ini

  • Pengenalan dan pengintegrasian secara berperingkat untuk ke sekolah dan kelas. Anak kita mungkin hanya menghadiri sesi makan tengahari dan menghadiri beberapa kelas kegemaran untuk peringkat permulaan bagi beberapa hari. Peningkatan secara berperingkat dan berterusan ini untuk memberikan mereka pendedahan terhadap persekitaran yang membuatkan mereka merasakan bahawa tiada apa yang perlu ditakuti apabila menghadiri kelas.
  • Pertemuan tidak formal bersama guru. Ini membolehkan penyelesaian sebarang salah faham yang timbul kepada anak kita kepada guru mereka dan juga dalam masa yang sama memperkukuhkan ikatan antara kedua-dua pihak.
  • Perbincangan mendalam. Ini dapat membantu untuk lebih memahami masalah dan kebimbangan serta ketakutan dari akar umbi, sekali gus mencari pendekatan yang sesuai untuk membantu mengatasi masalah mereka.


Bak kata ibu bapa yang sudah berpengalaman, ini adalah perkara biasa yang dilalui sesetengah ibu bapa yang ‘tidak bernasib baik’. Lebih-lebih lagi jika kita tak pernah berpisah dengan anak atau bekerja sendiri dari rumah.

Sentiasa berfikiran positif. Jangan pandang ringan masalah ini tetapi dalam masa yang sama anggaplah ini sebagai satu lagi fasa tumbesaran anak-anak yang perlu kita lalui sebagai ibu bapa!

Sumber & kredit foto: hellodoktor.com & Youtube

Artikel Berkaitan

Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

4 months ago
umirrasahad
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

4 months ago
umirrasahad
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

4 months ago
umirrasahad
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

4 months ago
aisyahbadrull
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

4 months ago
aisyahbadrull
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

4 months ago
aisyahbadrull