Mengenali Anak Autisme
umirrasahad

ANAK yang sihat sempurna adalah impian setiap pasangan suami isteri. Namun, siapalah kita untuk melawan ketentuan Ilahi. Jika telah ditakdirkan untuk kita diuji dengan anak yang sakit atau lain daripada kanak-kanak yang lain, kita haruslah tabah dan memandang dari sisi positif.



Benar, ia mudah untuk diungkapkan namun berat untuk dipikul.

Tetapi haruslah diingat, tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha untuk melakukan yang terbaik buat anak kita sendiri.

Apakah itu autisme?

Menurut Hello Doktor, autisme adalah gangguan pertumbuhan tumbesaran kanak-kanak yang akan memberi kesan kepada pemikiran mereka. Mengikut statistik, ia boleh berlaku kepada 1-2 orang dalam 1 000 kanak-kanak dan lebih berisiko terhadap kanak-kanak lelaki. Antara punca autisme berlaku adalah faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak kanak-kanak.

Bagaimanakah mengenali anak autisme?

1. Kurang melemparkan senyum



Antara petanda yang paling jelas adalah kanak-kanak autisme kurang melemparkan senyum. Lazimnya bayi yang normal akan mula senyum buat kali pertama ketika mencapai usia 6 bulan ke atas. Jika tidak, kita perlu lebih peka dengan perkembangannya kerana anak kita mungkin mengalami kondisi autisme.

2. Tidak fleksibel



Kanak-kanak autisme tidak mahu menerima sebarang perubahan. Sebagai contoh, jika waktu makan atau waktu main mereka berubah, mereka akan memberontak dengan mengamuk. Oleh itu, perhatikan dan kendalikan cara mereka menerima perubahan dengan baik.

3. Tidak respon jika dipanggil



Jika kita memanggil dengan nama mereka dan tiada respon walaupun usia mereka sudah menjangkau 6 bulan, ini mungkin menunjukkan anak kita mengalami kondisi autisme. Ini berlaku disebabkan kesukaran mereka untuk membina hubungan sosial dengan individu lain. Disebabkan itu, mereka gemar menyendiri dalam dunia mereka sendiri.

4. Tiada eye contact



Selain itu, anak autisme juga cenderung tidak mempunyai eye contact dengan ibu bapa. Cuba perhatikan tanda ini dengan merenung ke dalam matanya. Periksa jika mata mereka mengikut objek yang kita gerakkan di hadapan mereka. Untuk lebih kepastian, cuba senyum dan pandang matanya lalu lihat respon mereka.

5. Tiada baby talk



Anak autisme juga cenderung tidak baby talk dengan ibu bapa. Baby talk adalah perbuatan bayi cuba untuk bercakap dan ia biasa berlaku ketika mereka mencapai usia 12 bulan. Ketika mereka sudah besar kelak, anak autisme akan mengalami masalah untuk bercakap, menyuarakan kehendak, memahami arahan serta hanya mengulangi perkataan yang sama sahaja.

6. Mahukan lebih perhatian daripada ibu bapa



Kita juga boleh melihat tanda anak kita mungkin mengalami autisme dengan perhatikan kecenderungan mereka dalam mendapatkan perhatian. Anak autisme hanya cenderung untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka sendiri sahaja. Jika mereka seakan-akan tidak selesa dengan individu lain, anak kita mungkin mengalami kondisi autisme.

7. Perkembangan motor yang lambat



Kebiasaannya, kanak-kanak yang normal sudah mampu merangkak, berguling, berjalan dan bercakap seiring dengan peredaran usia mereka. Namun begitu, anak autisme akan cenderung mengalami perkembangan motor yang lambat, ia boleh diperhatikan dengan melihat kepada perkara berikut:

  • 6 bulan: masih belum boleh senyum dan menunjukkan ekspresi muka
  • 9 bulan: masih belum boleh mengeluarkan bunyi-bunyian
  • 12 bulan: masih belum boleh mengujarkan baby talk dan lambat bercakap

8. Kurang pergerakan atau berulang-ulang



Anak autisme sangat kurang menggerakkan badan dan keras seakan-akan robot. Mereka juga sering melakukan pergerakan yang hanya berulang-ulang seperti mengibas, memusing atau menepuk tangan mereka. Selain perbuatan, anak autisme juga mungkin akan meniru dan mengulang bunyi atau perkataan yang mereka pernah dengar secara berulang kali.

Perhatikan betul-betul tingkah laku anak kita, adakah mereka mengalami salah satu atau kesemua tanda-tanda ini. Namun janganlah terus mengatakan mereka ada kondisi autisme, perlulah berjumpa dengan pakar jika dirasakan ada yang tidak kena dengan anak kita.

Lebih awal kita kesan, lebih cepat anak kita itu dapat menerima rawatan dan kita boleh mencari ikhtiar yang dapat mempermudahkan keadaan buat semua pihak, terutamanya anak kita sendiri.

Sumber & kredit foto: hellodoktor.com & courant.com

Artikel Berkaitan

Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

3 months ago
aisyahbadrull
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

4 months ago
aisyahbadrull
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

4 months ago
umirrasahad
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

3 months ago
umirrasahad
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

4 months ago
aisyahbadrull
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

4 months ago
umirrasahad