Majlis Resepsi Serba Mewah Farah Nabilah Dan Amirul Yunus
aisyahbadrull

BERTEMAKAN Black Tie , majlis resepsi pelakon Farah Nabilah 28, dan juruterbang Amirul Yunus 29 berlangsung meriah dan penuh  mewah di Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur tanggal 5 Januari hari ini. 

Lebih bermakna, majlis resepsi pasangan ini bertujuan untuk meraikan teman rapat, pihak media serta ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Antara selebriti tanah air yang dilihat menghadiri majlis ini adalah Mira Filzah, Izara Aishah, Janna Nick, Fazura dan ramai lagi. 

Pada majlis ini, Farah menggayakan gaun pengantin rekaan Rizman Ruzaini yang tampak mewah di samping Amirul yang mengenakan tuxedo. 

Pelamin yang direka oleh Rekateemor juga cukup indah persis singgahsana buat kedua mempelai ini. 

Lebih mengujakan, majlis ini diserikan dengan persembahan nyanyian daripada adik-adik Farah Nabilah dan penampilan istimewa daripada Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah. 

Semoga ikatan cinta yang dibina ini kekal hingga akhir hayat!

Artikel Berkaitan

Isteri Boleh Mohon Cerai Terhadap 9 Jenis Golongan Suami Ini

Jangan terperangkap dalam rumah tangga yang tid...

2 months ago
umirrasahad
Perlu Ke Undang Bekas Kekasih Ke Majlis Perkahwinan Kita?

Nak jemput ke tak ye?

2 months ago
aisyahbadrull
Jangan Berkahwin Dahulu Jika Anda Belum Yakin Tentang 3 Hal Ini

Bersediakah anda?

2 months ago
aisyahbadrull
Awas! 5 Perkara Yang Membatalkan Perkahwinan!

Semoga anda tidak tergolong dalam 5 perkara ini...

2 months ago
umirrasahad
Buat Dekat McD Je! Bridal Shower Farah Nabilah Cukup Meriah

Meriahnya bridal shower Farah Nabilah!

2 months ago
aisyahbadrull
Macam Mana Nak Tolak Pinangan Dengan Cara Baik?

Tolak dengan cara baik tau

2 months ago
aisyahbadrull