Majlis Resepsi Bertema ‘Arabian Night’, Farah Nabilah Menawan Bagai Puteri Jasmine!
aisyahbadrull

UMPAMA dalam istana di padang pasir, majlis malam berinai bertemakan Arabian night meraikan pasangan pengantin baharu, Farah Nabilah dan Amirul cukup meriah!

Bunga-bunga segar menghiasi segenap ruang pelamin yang bersandarkan pada ukiran tiang dan dinding keemasan – sekilas pandang umpama berada di dalam ruang istana negara Arab di zaman silam. Pelamin nan indah hasil rekaan daripada Rekateemor ini sememangnya menepati konsep dan tema pada malam ini.



Tampil menawan bak Puteri Jasmine dalam filem Aladdin, busana ungu yang sarat dengan kilauan batu-batu permata indah direka sedondon dengan pasangannya, Amirul, oleh pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini.

Menurut Rizman Ruzaini, busana puteri Arab ini ialah idea sepenuhnya daripada Farah Nabilah sendiri dan mereka hanya menurut seperti yang diinginkan olehnya.




Majlis yang diadakan di Neo Event Hall Damansara ini turut diserikan lagi dengan kehadiran rakan-rakan artis seperti Uqasha Senrose, Azira Shafinaz, Aprena Manrose, Iswan Ismail dan ramai lagi.




Majlis resepsi sebelah lelaki akan diadakan pada 28 Disember 2019 dan diikuti dengan majlis resepsi sebelah perempuan pula pada 5 Januari 2020 nanti.

Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan terkini majlis perkahwinan Farah Nabilah dan Amirul hanya di portal www.mahligaicinta.my dan Instagram @mahligaicintatv3 .

Artikel Berkaitan

Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

15 days ago
umirrasahad
Gambar Sekitar Majlis Resepsi Farah Nabilah & Amirul Yunus Ala Bollywood

Majlis resepsi bertemakan Bollywood yang penuh ...

2 months ago
aisyahbadrull
Kek Kahwin Kristal 9 Tingkat Kak Lina Pom Pom!

Tahniah Mona Kampung People!

a month ago
umirrasahad
“Farah Cukup Sempurna Di Mata Saya,” Amirul Yunus

Sama cantik sama padan!

2 months ago
aisyahbadrull
Izara Aishah Bangga Jadi Matchmaker Farah Nabilah Dan Amirul Yunus

Siapa sangka, pertemuan yang diatur oleh sahaba...

2 months ago
aisyahbadrull
Selepas 8 Tahun Sendiri, Sasha Saidin Kahwin Kali Ketiga

Tahniah Sasha Saidin!

a month ago
umirrasahad