Macam Mana Nak Tolak Pinangan Dengan Cara Baik?
aisyahbadrull

ANDA pernah dilamar? Mesti seronok kan? Tetapi kalau kita dilamar dengan orang yang kita tidak cinta, itu pun boleh jadi masalah juga. Tiba-tiba kawan zaman sekolah yang dah lama crush dekat kita hantar pinangan. Bertenang je, semua masalah pasti ada penyelesaiannya.

Ha, ini cara-caranya utuk tolak pinangan secara baik untuk sesiapa yang merasakan diri dia bakal berhadapan dengan situasi macam ni. Sila baca sampai habis ye.

Jangan main tarik tali

Jangan main tarik tali. Kita perlu tegas dengan keputusan kita. Walaupun lamaran merupakan satu perkara yang baik tetapi jika anda rasa tidak boleh bahagia dengan orang yang melamar, jangan biarkan mereka berharap. Jangan risikokan kebahagiaan anda dan kebahagiaan si dia.

Fikir baik-baik

Kalau sudah dilamar pastikan anda bertenang dan fikir betul-betul. Jika anda tidak mempunyai mutual feeling terhadap orang yang melamar, kita perlu berterus-terang kepada si dia. Memang bukan mudah untuk berterus-terang tetapi perkara ni perlu dilakukan supaya kedua-dua belah pihak boleh sama-sama bersetuju dengan keputusan ini.

Tolak pinangan dengan hormat

Hormati lamaran tersebut dan tolak dengan penuh hormat juga. Anda perlu tahu nak melamar perlukan keberanian yang tinggi dan si dia mesti dah buat macam-macam persiapan. Jadi untuk menghormati effort si dia, kita perlu tolak dengan penuh hormat. Kalau tak setuju tu sekurang-kurangnya jangan memperlekehkan lamaran mereka. Kesian si dia kecewa nanti.

Beri kata-kata positif

Selalunya orang akan kecewa selepas lamaran mereka ditolak. Jadi sekurang-kurangnya kita boleh bagi kata-kata positif kepada si dia. Kalau boleh jangan hilang macam tu je. Cuba letakkan diri anda di tempat si dia. Mungkin anda juga perlukan sokongan moral  kan?

Apapun, keputusan di tangan anda. Kahwin bukan perkara main-main jadi pastikan anda sudah betul-betul bersedia sebelum menerima pinangan dari sesiapa sahaja. Kalau anda dah buat keputusan untuk menolak pinangan, gunakan tips yang kami berikan di atas ini okay?

Artikel Berkaitan

Awas! 5 Perkara Yang Membatalkan Perkahwinan!

Semoga anda tidak tergolong dalam 5 perkara ini...

22 days ago
umirrasahad
Buat Dekat McD Je! Bridal Shower Farah Nabilah Cukup Meriah

Meriahnya bridal shower Farah Nabilah!

19 days ago
aisyahbadrull
Perlu Ke Undang Bekas Kekasih Ke Majlis Perkahwinan Kita?

Nak jemput ke tak ye?

20 days ago
aisyahbadrull
Isteri Boleh Mohon Cerai Terhadap 9 Jenis Golongan Suami Ini

Jangan terperangkap dalam rumah tangga yang tid...

20 days ago
umirrasahad
9 Jenis Pernikahan Yang Diharamkan Dalam Islam

Fahami jenis-jenis pernikahan yang dilarang dal...

a month ago
umirrasahad