Macam Mana Nak Hadapi Saudara-Mara Yang Kepochi Tentang Majlis Kahwin Kita?
umirrasahad

SAUDARA-MARA. Merekalah penyeri majlis, mereka jugalah pengkritik terhebat sepanjang majlis berlangsung. Mereka inilah antara golongan yang akan memerhatikan dan memberi komen tanpa diminta tentang setiap keputusan berkaitan majlis, daripada pemilihan warna hinggalah berapa dulang hantaran nak dibalas ke pihak sebelah.



“Kenapa pilih warna ni nampak lebamlah!”

“Orang tua-tua cakap pengantin tak elok duduk macam tu, nanti jodoh tak panjang.”

“Jangan letak kasut atas dulang hantaran, nanti tak berkat rumah tangga.”

Ada saja yang nak dikomen. Jadi untuk anda yang terpaksa berdepan dengan situasi sebegini, ikuti tip ini:

1. Jangan tanya pendapat mereka.

Mungkin kita hanya berniat baik, cuba berbudi bahasa dan buat mereka rasa penting atau terlibat sekali dengan segala persiapan. Namun seringkali mereka akan mempergunakan niat baik ini untuk kepentingan mereka sendiri.


Image result for my big fat greek wedding"
Kredit foto: nytimes.com

Jangan berikan mereka peluang atau platform! Lagi kurang kita berikan peluang kepada mereka ini, lagi bagus kerana kuranglah perkara negatif atau orang yang suka mendesak ini menyesakkan kepala kita.

2. Yakin dengan keputusan sendiri.

Kadangkala golongan toksik sebegini hanya menunggu apabila kita nampak kurang yakin dengan keputusan yang dibuat untuk menyuarakan pendapat mereka.



Contohnya apabila kita menyuarakan hasrat untuk memberikan 5 dulang hantaran sahaja kerana ingin berjimat. Adalah nanti Pak Long atau Mak Ngah yang akan tuduh kita sebenarnya kedekut. Kemudian membandingkan pula dengan majlis anak-anak mereka!

Jadi pengajarannya di sini, hanya minta pendapat daripada orang yang betul-betul kita hargai pandangan mereka.

3. Tak perlu kecoh.

Bila pendapat mereka tidak kita hiraukan, maka mereka akan pergi ke orang terdekat pula untuk dihasut – mak atau ayah kita. Mulalah nanti mereka menghasut atau mengkritik tentang sesuatu perkara yang mereka tak berkenan itu kepada ibu bapa kita sendiri.



Ini kerana mereka tahu yang ibu bapa kita akan tak senang duduk memikirkannya lalu mendesak kita pula! Oleh itu, beritahu kepada ibu bapa yang kita yakin dengan setiap keputusan yang dibuat, jadi kita tidak perlu mendengar semua komen negatif yang disampaikan orang lain kepada mereka kemudian dibisikkan pula kepada kita. Pesan juga kepada mereka supaya tidak terlebih berkongsi hal persiapan majlis kepada orang lain.

4. Buat tak tahu saja!

Memanglah senang cakap daripada nak melakukannya. Tetapi inilah tip yang terbukti terbaik dan berkesan! Sentiasa ingatkan diri sendiri yang kita takkan mampu memuaskan hati semua pihak. Jadi yang penting kita sendiri gembira dan orang yang kita sayang juga bahagia.


Image result for my big fat greek wedding"
Kredit foto: cosmopolitan.com

Ingatlah, ini majlis kita. Baik atau buruk biarlah kita sendiri yang tentukan. Ini bukanlah bermaksud jangan terima langsung pendapat orang lain, tetapi timbang-taralah dengan sebaik-baiknya.

Kredit foto: youtube.com

Artikel Berkaitan

Buat Dekat McD Je! Bridal Shower Farah Nabilah Cukup Meriah

Meriahnya bridal shower Farah Nabilah!

2 months ago
aisyahbadrull
Awas! 5 Perkara Yang Membatalkan Perkahwinan!

Semoga anda tidak tergolong dalam 5 perkara ini...

2 months ago
umirrasahad
Isteri Boleh Mohon Cerai Terhadap 9 Jenis Golongan Suami Ini

Jangan terperangkap dalam rumah tangga yang tid...

2 months ago
umirrasahad
Jangan Berkahwin Dahulu Jika Anda Belum Yakin Tentang 3 Hal Ini

Bersediakah anda?

2 months ago
aisyahbadrull
Perlu Ke Undang Bekas Kekasih Ke Majlis Perkahwinan Kita?

Nak jemput ke tak ye?

2 months ago
aisyahbadrull
Macam Mana Nak Tolak Pinangan Dengan Cara Baik?

Tolak dengan cara baik tau

2 months ago
aisyahbadrull