Liam Hemsworth Masih Belum Mampu Lupakan Miley Cyrus
aisyahbadrull

RAMAI yang beranggapan bahawa masa merupakan ubat yang terbaik untuk merawat sakit hati. Namun, sepanjang tempoh fasa patah hati, ianya akan menjadi perkara yang paling sukar dan sedih untuk seseorang itu menghadapinya. Ini yang dialami oleh Liam Hemsworth sepanjang tempoh menghadapi pasca perpisahannya dengan Miley Cyrus.

Photo: The Daily Mail

Seperti yang kita sedia maklum, pasangan ini telah mengakhiri perhubungan mereka pada Ogos yang lalu. Selepas berpisah, Liam dikhabarkan jarang berkongsi kisah peribadinya di laman sosial, namun berbeza pula dengan Miley. Wanita berusia 26 tahun itu sering muncul di hadapan khalayak ramai bersama pasangan baharunya, Kaitlyn Carter.

Menurut sumber sebuah portal luar negara, aktor lelaki yang berasal daripada Australia ini berasa sedih dan tertekan apabila melihat bekas isterinya menghabiskan masa bersama pasangan baharunya. Hal ini sedikit sebanyak mengganggu emosi Liam.

Photo: The Daily Mail

“Liam sangat terluka dan sedih apabila berpisah dengan Miley. Dia tidak menyangka Miley move on dengan begitu cepat. Akhirnya Liam sedar bahawa hubungan mereka tidak lagi penting untuk ditangisi. Dia cuba menghindarkan diri dengan hal-hal yang berkaitan dengan Miley dan pasangannya Kaitlyn,” menurut sebuah sumber.

Belum mahu fikir tentang pengganti

Berbeza dengan Miley, Liam tidak bertindak untuk mencari pengganti selepas berpisah. Walaupun masih kecewa dengan tindakan Miley yang memilih kehidupan yang berbeza, Liam masih tidak terfikir untuk menemui pengganti dalam tempoh yang terdekat ini. Sebaliknya, dia ingin memberi fokus kepada kerjaya dan kehidupannya terlebih dahulu.

Image result for miley liam kaitlyn
Photo: The Daily Mail

Liam Hemsworth dan Miley Cyrus telah rasmi berpisah pada 22 Ogos yang lalu. Perkahwinan yang bertahan selama 8 bulan sahaja ini berakhir atas alasan tidak bersefahaman antara satu sama lain.

Credit Photo: The Daily Mail