Lelaki Ini ‘Mengubah’ Babak Dalam Sleeping Beauty Untuk Melamar Kekasihnya!
umirrasahad

PELBAGAI idea kreatif dan romantik untuk melamar kekasih hati. Namun Lee Loechler telah meletakkan benchmark paling tinggi buat masa ini buat para lelaki di luar sana dengan melamar teman wanitanya, Sthuthi David, umpama filem fantasi popular Sleeping Beauty!

Loechler melamar David, seorang pakar kardiologi dalam sebuah panggung wayang selepas menghabiskan 6 bulan untuk ‘mengubah’ watak utama dan babak ikonik dalam filem animasi kegemaran teman wanitanya itu.

“Bukan setiap hari kita melamar kekasih hati kita sejak di bangku sekolah.” kata Lee sewaktu melutut dan melamar David. Video lamaran itu menjadi viral dan mendapat lebih 1.1 juta tontonan!



David pada mulanya jadi keliru apabila melihat watak utama mirip wajahnya di skrin. Kemudian watak Putera Philip pula bertukar kepada wajah Loechler.






Menurut Loechler, dia pernah mencadangkan idea lamaran seperti itu kepada sahabatnya beberapa tahun lalu. Namun sahabatnya tidak merasakan idea itu sesuai buatnya dan pasangan.

Apabila hubungannya dengan David menjadi lebih serius, Loechler terfikir untuk menggunakan idea itu sendiri. Loechler mula mencari pakar ilustrasi yang boleh membantunya menerusi Instagram. Gigih sungguh!

Loechler berpakat dengan sahabat dan ahli keluarga David yang terdekat untuk turut sama menjayakan lamaran itu. Loechler juga meminta bantuan daripada staff di situ untuk menggelapkan panggung supaya David tidak nampak sesiapa yang dia kenali apabila masuk ke dalam panggung itu.



Dengan kerjasama pakar ilustrasi, Kayla Coombs, Loechler menukar babak ikonik sewaktu Putera Phillip mencium Puteri Aurora untuk membangkitkannya daripada tidur.

Saksikan video penuh lamaran Loechler kepada David:



Sumber & kredit foto: boredpanda.com