Langkah Terbaik Hentikan Pertengkaran Dengan Pasangan
aisyahbadrull

DALAM perhubungan, memang ada pasang surutnya. Bukan setiap masa hubungan kita berada dalam keadaan yang baik. Itulah rencah dalam perhubungan. Betul ke tidak?

Masalah dalam perhubungan sebenarnya boleh mendewasakan kita. Sesebuah hubungan pasti takkan terlepas daripada konflik. Cuma apabila ego dan sikap kurang matang menguasai diri kita pada ketika itu, ianya akan mengakibatkan perbalahan berlarutan dalam tempoh masa yang lama.

Matang dan rasional

Kredit foto: boredpanda

Untuk mendapatkan sebuah perhubungan yang matang, salah seorang perlulah mengalah sekiranya berlaku pertengkaran. Tak kisahlah siapa betul, atau siapa salah sekalipun. Kalau nak ikutkan rasa amarah masing-masing memang sampai bila-bilalah takkan berbaik kan?

Menurut Dr. Gary Brown, seorang pakar terapi di Los Angeles, dalam sebuah perdebatan adalah sangat penting untuk memahami dan mengalah daripada terus berbalah. Bak kata orang Melayu pula, dalam hubungan salah seorang perlu jadi air untuk memadam kemarahan. Sekiranya dua-dua jadi api bagaimana pertengkaran dapat diselesaikan dengan baik. Sekiranya perbalahan anda sudah ke arah emosi, anda perlu segera stabilkan emosi dan berfikir secara rasional semula.

Sering berkomunikasi

Kredit foto: boredpanda

Anita Chlipala, seorang pakar terapi keluarga dan pernikahan serta penulis First Comes Us: The Busy Couple’s Guide to Lasting Love menerangkan menerusi bukunya itu, faktor utama setiap pasangan bertengkar adalah kerana kurang meluangkan masa bersama.

Kurang berkomunikasi dan tidak meluangkan masa menjadi punca berlakunya perbalahan. Selepas ini cubalah memperbanyakkan kembali quality time bersama si dia. Dengan cara ini, anda dan pasangan boleh meletakkan keutamaan antara satu sama lain dan menyedari bahawa lebih banyak perkara baik yang boleh dilakukan daripada bertengkar.

Berdiam lebih baik

Kredit foto: elitedaily

Kita sedia tahu perkataan yang keluar dari mulut kita saat kita sedang marah akan melukakan perasaan orang lain. Sebaiknya ketika dalam perbalahan, salah seorang perlu membawa diri sehingga kemarahan reda. Selalunya kita tidak bermaksud berkata demikian tetapi terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Menyesal tak sudah nanti.

Media sosial bukan tempat luah perasaan

Kredit foto: shutterstock

Hindari pertengkaran dan jangan sesekali berbalah di dalam media sosial. Sebuah perhubungan yang matang perlu ada waktu untuk bersemuka dan berbincang secara baik. Jangan sesekali memalingkan muka ketika berbincang. Tak salah runtuhkan sebentar ego tu kan? Komunikasi yang baik boleh menjadikan perbincangan lebih aman.

Mengawal kemarahan dan ego sememangnya perkara yang sangat sukar untuk kita lakukan. Tapi tak ada salahnya kita bertindak rasional untuk dapatkan sebuah perhubungan yang baik.

Kredit foto: shutterstock

Artikel Berkaitan

10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

2 months ago
aisyahbadrull
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

2 months ago
umirrasahad
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

2 months ago
aisyahbadrull
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

2 months ago
umirrasahad
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

2 months ago
aisyahbadrull