Kiraan Baki Talak Bagi Pasangan Yang Cerai Rujuk Semula
umirrasahad

WALAUPUN bukan lagi perkara tabu dalam masyarakat kita, namun perceraian masih lagi dianggap perkara yang tidak elok dibincangkan secara umum.



Berbeza dengan agama lain, Islam mempunyai sistem cerai dan rujuk yang ketat. Ini bagi memastikan seseorang Muslim yang sudah berkahwin itu tidak sewenang-wenangnya melafazkan talak atau meminta perpisahan daripada pasangan, kerana hakikatnya, perceraian melibatkan banyak pihak, bukannya pasangan suami isteri itu sahaja.

Asas dan prinsip talak

Kuasa melafazkan talak dalam Islam terletak di tangan suami, sama ada dilafazkan secara zahir kepada isteri, atau pun di zaman moden kini, melalui SMS, Whatsapp, Wechat dan sebagainya.

Setiap satu ikatan perkahwinan mempunyai dua kali perpisahan yang dibenarkan untuk rujuk semula.


Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.”

ayat 229, surah al-baqarah.

Ini bermakna, setiap pasangan hanya diberikan dua peluang untuk berbaik semula dan sekiranya dua peluang ini habis digunakan akibat dua kali perceraian maka tidak ada lagi jalan kembali sekiranya talak ketiga berlaku.



Tetapi perlu diingat juga, walaupun dua talak awal itu dibenarkan, proses rujuk masih tetap bergantung kepada tempoh iddah yang telah ditetapkan.

Apabila jatuhnya talak ketiga, atau talak Ba’in Khubra – seorang wanita itu hanya dibenarkan untuk rujuk semula dengan bekas suami hanya selepas dia dinikahi dan disetubuhi oleh suami barunya. Jadi jangan dipandang ringan kuasa talak ini.

Mengira talak yang masih berbaki

Ada beberapa situasi yang menimbulkan kekeliruan pengiraan talak. Contohnya apabila pasangan yang sudah bercerai ingin rujuk semula, selepas wanita itu menikahi lelaki lain. Jadi berapa bilangan talak yang dibenarkan berbaki?

Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu melihat terlebih dahulu bila perceraian berlaku yang menyebabkan perkahwinan si wanita dengan lelaki lain terjadi. Ada dua jenis talak Ba’in yang perlu dibincangkan iaitu talak Ba’in Sughra iaitu talak yang berlaku kali pertama dan kali kedua tanpa rujuk, serta talak Bai’n Khubra iaitu talak ketiga.



Menurut Imam Shafie, apabila seseorang wanita telah diceraikan sekali atau dua kali talak Ba’in Sughra, kemudiannya berkahwin dengan lelaki lain sebelum diceraikan dalam perkahwinan yang baharu – lalu ingin merujuk semula dengan bekas suami pertamanya; jumlah talak yang dibenarkan kepada mereka akan dikira baki pada kali pertama perkahwinan mereka berdua.

Pendapat ini merupakan pendapat yang paling diterima ramai. Bagaimana pun, ada juga pendapat khasnya daripada pengikut mazhab Hanafi yang menyebut bahawa bilangan talak dibenarkan akan bermula semula daripada keadaan ‘kosong’ pada perkahwinan semula mereka berdua.

Bagaimana pun, majoriti pandangan menyokong bahawa jumlah talak yang jatuh pada pasangan suami isteri yang berkahwin semula selepas melalui talak dan isteri menikahi lelaki lain, adalah baki daripada perkahwinan pertama mereka.

Bilangan talak selepas talak tiga kali

Bagaimana pula dengan pasangan yang rujuk semula, selepas si wanita berkahwin dan diceraikan oleh suami keduanya? Berapakah bilangan talak yang dibenarkan kepada mereka?



Situasi sebegini lebih jelas keadaannya. Talak mereka dianggap bermula daripada ‘kosong’ semula. Ini bermaksud si suami dipertanggungjawabkan kembali dengan tiga talak, seperti pasangan pengantin baharu.

Tapi haruslah diingat, janganlah digunakan kuasa ini mengikut hati dan perasaan. Isteri tak masak? Cerai. Isteri minta wang? Cerai. Masuk kali ketiga, si isteri itu sudah jatuh haram untuk dirujuk semula melainkan si isteri itu berkahwin dengan lelaki lain terlebih dahulu. Mulalah mencari cina buta!

Cina buta juga haram dalam Islam.

Jangan diikutkan sangat panas baran suami. Isteri pula janganlah mencabar kesabaran suami minta supaya diceraikan. Redakan kemarahan terlebih dahulu. Tenangkan fikiran. Komunikasi itu penting!

Sumber & kredit foto: iluminasi.com & thefamilylawcoach.com

Artikel Berkaitan

Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

7 days ago
aisyahbadrull
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

8 days ago
aisyahbadrull
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

13 days ago
umirrasahad
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

9 days ago
umirrasahad
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

12 days ago
aisyahbadrull
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

7 days ago
umirrasahad