Kek Kahwin Kristal 9 Tingkat Kak Lina Pom Pom!
umirrasahad

KALI pertama berkahwin dengan bekas suami, Azmi Hatta hanya di surau, kali ini Elly Mazlein, 40, inginkan majlis sambutan yang meriah. Maka sesuailah dengan majlis yang meriah ini, kek kahwin kristal bergemerlapan!

Semua tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan Elly Mazlein atau mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom dengan pasangannya, Mohamad Azlan Che Nuh, 30, terpegun melihat kek setinggi 9 tingkat itu.




Kek ini mengambil masa hampir 2 minggu untuk disiapkan! Siap ada air terjun di dalamnya ya.



Hanya sekali lafaz, Kak Lina Pom Pom sah isteri Cikgu Geografi

Bertemu di majlis aqiqah sahabat mereka, perkenalan yang bermula dengan menulis nombor telefon di atas sekeping kertas akhirnya ke jinjang pelamin. Kak Lina sah bergelar isteri buat Papa Awan Nano, gelaran manja yang diberikan oleh Elly Mazlein.




Majlis yang bertemakan Malam Bulan di Pagar Bintang itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 18 Januari lalu, bersaksikan ahli keluarga serta kenalan terdekat. Kak Lina turut ditemani anaknya, Putri Sara Sefhia sepanjang majlis.



Pasangan mempelai Elly Mazlein dan Mohamad Azlan sah bergelar suami isteri pada 18 Januari 2020 dengan majlis bertemakan Bagai Bulan Di Pagar Bintang yang telah diadakan di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur.

Kredit foto: IG rekateemor, zam_mad.about.cake & faridismproduction

Artikel Berkaitan

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Farah Nabilah & Amirul Yunus Ala Bollywood

Majlis resepsi bertemakan Bollywood yang penuh ...

3 months ago
aisyahbadrull
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad
“Farah Cukup Sempurna Di Mata Saya,” Amirul Yunus

Sama cantik sama padan!

4 months ago
aisyahbadrull
Izara Aishah Bangga Jadi Matchmaker Farah Nabilah Dan Amirul Yunus

Siapa sangka, pertemuan yang diatur oleh sahaba...

3 months ago
aisyahbadrull
Selepas 8 Tahun Sendiri, Sasha Saidin Kahwin Kali Ketiga

Tahniah Sasha Saidin!

3 months ago
umirrasahad