Jatuh Cinta Dan Memiliki Pasangan Boleh Buat Kita Jadi Gemuk?
aisyahbadrull

PERNAHKAH anda merasa berat badan anda semakin bertambah selepas berkahwin atau mempunyai pasangan? Ternyata apabila menjalinkan perhubungan dengan seseorang, bukan hanya perasaan dan pemikiran kita sahaja yang berubah, gaya hidup dan pola pemakanan pun boleh jadi lain tau!

Jangan ambil mudah tentang perkara ini. Tanpa sedar gaya hidup kita boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan kita. Sebenarnya, kenapa berat badan kita semakin bertambah selepas bercinta?

Kerap makan

Bila dah mula ada pasangan, soalan “Dah makan ke belum?” atau ajakan untuk makan di tempat makan yang menarik pasti menjadi satu perkara yang biasa. Tidak salah untuk makan tetapi jika anda dan pasangan seringkali menghabiskan untuk makan lebih-lebih lagi pada waktu malam, tidak hairanlah berat badan anda semakin bertambah.

Sebuah kajian telah dijalankan di University of Glasgow dan pengkaji merumuskan bahawa orang yang mempunyai pasangan atau sudah berkahwin lebih cenderung untuk mengalami kenaikan berat badan kerana mengikut gaya hidup pasangan mereka yang kurang sihat.

Metabolisme tubuh badan yang berbeza

Secara umum, tubuh badan lelaki memiliki kadar metabolisme yang lebih cepat dalam memproses makanan. Hal ini menjadi penyebab kaum lelaki sukar untuk naik berat walaupun makan dalam kuantiti yang banyak. Namun perkara ini sebaliknya untuk kaum wanita. Kadar metabolisme yang rendah menjadi penyebab kaum wanita mudah naik berat badan jiga tidak menjaga pemakanan dengan baik.

Lebih bahagia

Hati-hati, perasaan bahagia sebenarnya boleh menjadi punca berat badan anda bertambah. Sebuah kajian yang telah dijalankan di University of North Carolina menemukan bahawa pasangan yang sedang berbahagia di dalam perhubungan cenderung untuk mengalami kenaikan berat badan kerana mereka berasa tiada perkara yang perlu dirisaukan selepas mempunyai pasangan.

Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama pasangan untuk menjaga kesihatan badan. Jangan jadikan cinta sebgai punca anda mengabaikan kesihatan dan berat badan ya!

Kredit foto: shutterstock

Artikel Berkaitan

Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

4 months ago
umirrasahad
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

4 months ago
aisyahbadrull
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

4 months ago
umirrasahad
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

3 months ago
aisyahbadrull
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

3 months ago
umirrasahad
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

4 months ago
aisyahbadrull