“Jarak Usia 16 Tahun Bukan Halangan”
umirrasahad

“Hati saya terbuka untuk menerima lamarannya kerana sikap matang yang ditunjukkan. Dia pun memahami jadual kerja saya yang padat sebagai pelakon.” Demikian menurut Intan Najuwa, pelakon yang popular menerusi drama Kekasih Paksa Rela. Majlis pertunangan yang berlangsung Ahad lalu di Hotel Thistle Johor Bahru itu dibuat serentak dengan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-22 tahun.

Bila ditanya kenapa merahsiakan hari bahagianya dari pihak media, Intan menafikan perkara ini dan berkata hanya ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja yang hadir. 

“Kalau berahsia saya takkan muatnaik status dan gambar majlis pertunangan di Instagram. Insyallah saya akan mengundang pihak media untuk majlis akad nikah dan resepsi yang akan diadakan di KL pada tahun depan.” katanya.

Tunangnya, Razrul Anwar Rusli, 38 tahun merupakan seorang ahli perniagaan berasal dari Kedah dan juga Presiden Malaysia Professional Association (MPA). Beliau juga adalah Timbalan Ketua Presiden Bersatu Johor Bahru.

Pernah gagal dalam percintaan yang dibina selama 4 tahun, Intan memilih untuk tidak terlalu terbuka berkongsi hal peribadi kepada umum, mahu lebih fokus kepada bidang lakonan.

Intan yang bernaung di bawah pengurusan Paranormal Talents sejak Disember lalu baru saja selesai menjalani penggambaran telefilem, Cinta Sesungguhnya bersama Fikry Ibrahim. 

Kredit foto: Instagram Intan Najuwa

Artikel Berkaitan

Selepas 8 Tahun Sendiri, Sasha Saidin Kahwin Kali Ketiga

Tahniah Sasha Saidin!

2 months ago
umirrasahad
Kek Kahwin Kristal 9 Tingkat Kak Lina Pom Pom!

Tahniah Mona Kampung People!

3 months ago
umirrasahad
Gambar Sekitar Majlis Resepsi Farah Nabilah & Amirul Yunus Ala Bollywood

Majlis resepsi bertemakan Bollywood yang penuh ...

3 months ago
aisyahbadrull
Izara Aishah Bangga Jadi Matchmaker Farah Nabilah Dan Amirul Yunus

Siapa sangka, pertemuan yang diatur oleh sahaba...

3 months ago
aisyahbadrull
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad