“Jangan Sekat Kebebasan Suami,” – Siti Sarah Kongsi Rahsia Keharmonian Rumah Tangga
aisyahbadrull

SIAPA sahaja yang tidak mengenali penyanyi berbakat yang bernama Siti Sarah. Penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Kesetiaan 17 tahun yang lepas ini sememangnya mempunyai aura tersendiri menerusi suara lunaknya. Kehebatan Siti Sarah dalam bidang nyanyian memang tidak dapat disangkal lagi.

Baru-baru ini kami berkesempatan untuk menemu bual Sarah ketika menghadiri Sidang Media Anugerah Skrin 2019. Manis mengenakan busana berwarna oren di samping suami tercinta iaitu Shuib, kami sempat mengajukan beberapa soalan kepada Sarah tentang rahsia menjaga keharmonian rumah tangga yang dibina sejak tahun 2011.

Kredit foto: Instagram Siti Sarah

Menurut Sarah, 35, tiada rukun yang spesifik untuk mengemudi rumah tangga. Cukuplah suami dan isteri saling menghormati antara satu sama lain dan percaya bahawa untuk menerima perkara yang baik, kita juga perlu memperbaiki diri kita untuk menjadi yang terbaik.

” Bagi saya sendiri, saya ibaratkan pasangan seperti diri saya dan sebuah cermin. Apa yang kita lihat pada cermin itulah yang kita boleh lihat dalam diri pasangan kita. Jika kita hendak melembutkan hati suami, pastikan sifat kita lembut terlebih dahulu,” ujar ibu kepada tiga orang cahaya mata ini.

Kredit foto: Instagram Siti Sarah

Perlu sentiasa ungkapkan kata-kata positif dan pujian buat suami

Selain daripada memperbaiki diri sendiri untuk menjaga keharmonian rumah tangga, pujian dan kata-kata yang baik juga wajar diberikan kepada suami tidak kira sama ada dalam situasi yang baik mahupun buruk. Siapa yang akan menyokong dan memberi dorongan kepada suami melainkan isteri mereka sendiri.

“Saya merupakan orang yang akan sentiasa menyokong segala keputusan dan idea suami (Shuib). Walapun ada ketika saya rasa perkara itu mustahil, saya tetap akan memberi kata-kata positif kepada suami dan meyakinkannya supaya melakukan perkara itu sehingga berjaya. Ini yang patut dilakukaan oleh para isteri supaya suami rasa lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu,” ujar Siti Sarah lagi.

Kredit foto: Instagram Siti Sarah

Jangan sekat kebebasan suami

Penyanyi yang sedang popular menerusi lagu Semakin ini juga menjelaskan bahawa sebagai seorang isteri, kita tidak perlu untuk masuk campur tentang semua perkara yang dilakukan oleh suami kita. Adakalanya suami juga perlukan privasi untuk diri mereka sendiri dan melakukan aktiviti kegemaran mereka bersama rakan-rakan.

Saya tidak akan menyekat kebebasan Shuib dan tidak akan sesekali memaksanya untuk bercerita tentang semua perkara kepada saya. Adakalanya suami juga perlukan ruang untuk diri mereka sendiri. Jika mereka rasa ingin bercerita, biarkan mereka bercerita tanpa perlu didesak. Jangan pernah menyekat kebebasan suami untuk melakukan apa sahaja yang mereka ingin lakukan,”

Kredit foto: Instagram Siti Sarah

Shuib dan Siti Sarah merupakan salah satu pasangan yang bakal menyerikan Anugerah Skrin 2019 sebagai pengacara. Menurut Sarah, ini merupakan peluang keemasan buat dirinya apabila berpeluang untuk mengacara bersama suami tercinta. Walaupun berasa sedikit gementar, Sarah berjanji akan melakukannya dengan sebaik mungkin.

Selain daripada mereka, ASK2019 juga turut menampilkan pasangan lain seperti Zizan Razak dan Nabila Huda, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Shaheizy Sam dan Syatila Melvin serta Eira Syazira dan Azad Jasmin.

Jangan lupa untuk menyaksikan malam kemuncak Anugerah Skrin 2019 pada hari Jumaat (1 November) pada pukul 9 malam di TV3!

Kredit foto: Instagram Siti Sarah

Artikel Berkaitan

Izara Aishah Bangga Jadi Matchmaker Farah Nabilah Dan Amirul Yunus

Siapa sangka, pertemuan yang diatur oleh sahaba...

3 months ago
aisyahbadrull
Kek Kahwin Kristal 9 Tingkat Kak Lina Pom Pom!

Tahniah Mona Kampung People!

3 months ago
umirrasahad
Gambar Sekitar Majlis Resepsi Farah Nabilah & Amirul Yunus Ala Bollywood

Majlis resepsi bertemakan Bollywood yang penuh ...

3 months ago
aisyahbadrull
Selepas 8 Tahun Sendiri, Sasha Saidin Kahwin Kali Ketiga

Tahniah Sasha Saidin!

2 months ago
umirrasahad
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad