Jangan Berkahwin Dahulu Jika Anda Belum Yakin Tentang 3 Hal Ini
aisyahbadrull

PERNIKAHAN merupakan satu ikatan serius yang dijalinkan oleh lelaki dan wanita. Menurut agama Islam, lafaz ijab dan kabul merupakan satu perkara yang berat kerana perkara ini bukan hanya disebut melalui lisan sahaja tetapi perlu seiring dengan memikul tanggungjawab selepas berkahwin.

Perkahwinan bukanlah satu perkara yang main-main. Oleh itu, persiapan mental, fizikal, kewangan dan sebagainya perlu menjadi perkara yang perlu dicakna. Sebelum mengambil keputusan untuk melangkah ke fasa baharu, tanya diri anda, yakinkah anda tentang hal-hal di bawah ini?

Adakah anda sanggup menerima sifat sebenar pasangan anda selepas berkahwin?

Walaupun anda sudah bercinta bersama pasangan dalam tempoh yang lama, namun pasti akan ada perkara baharu yang ditemui semasa alam pernikahan kelak. Semua sifat sebenar kita dan pasangan akan terlihat selepas berkahwin. Oleh itu anda perlu mempersiapkan mental untuk menerima apa-apa sahaja perubahan yang berlaku selepas berkahwin nanti.

Adakah anda mampu berada di sisi pasangan setiap masa?

Cuba elak untuk berkata bosan selepas berumah tangga. Jangan pernah terfikir untuk berasa bosan dengan kehidupan selepas berkahwin dan berasa bosan dengan pasangan anda. Tanamkan dalam diri anda untuk melangkah ke alam perkahwinan, ianya bukan satu perkara yang sementara.

Anda perlu mempersiapkan diri untuk berada di sisi suami anda hingga ke akhir hayat. Selepas berkahwin, sifat baik dan buruk pasangan kita pasti akan terserlah lebih-lebih lagi apabila kita sentiasa bersamanya setiap hari. Jika anda belum bersedia untuk menerima perubahan ini, fikir-fikirkanlah dahulu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Adakah anda bersedia untuk berkongsi semua perkara dan rahsia bersama pasangan?

Selepas berkahwin, segala waktu, tenaga dan tumpuan akan terarah kepada pasangan. Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri dan mengabaikan perasaan pasangan kita. Fokus dan perhatian kita haruslah dibahagikan seadilnya kerana ada hak-hak pasangan yang wajib kita patuhi di dalam rumah tangga.

Kita harus ingat selepas berkeluarga, separuh masa dan perhatian kita harus diberikan kepada keluarga, tidak kiralah kita mempunyai kerjaya yang hebat. Kita harus bersedia mengimbangi hidup kepada pasangan dalam pada yang sama kita juga boleh mempunyai kerjaya. Sikap toleransi sangatlah diperlukan dalam hal ini.

Perkahwinan bukanlah satu perkara yang bersifat sementara. Oleh itu anda perlulah berfikir sebaiknya dan mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk melangkah ke fasa ini.

Artikel Berkaitan

Awas! 5 Perkara Yang Membatalkan Perkahwinan!

Semoga anda tidak tergolong dalam 5 perkara ini...

4 months ago
umirrasahad
9 Jenis Pernikahan Yang Diharamkan Dalam Islam

Fahami jenis-jenis pernikahan yang dilarang dal...

4 months ago
umirrasahad
Macam Mana Nak Tolak Pinangan Dengan Cara Baik?

Tolak dengan cara baik tau

4 months ago
aisyahbadrull
Buat Dekat McD Je! Bridal Shower Farah Nabilah Cukup Meriah

Meriahnya bridal shower Farah Nabilah!

4 months ago
aisyahbadrull
Isteri Boleh Mohon Cerai Terhadap 9 Jenis Golongan Suami Ini

Jangan terperangkap dalam rumah tangga yang tid...

4 months ago
umirrasahad
Perlu Ke Undang Bekas Kekasih Ke Majlis Perkahwinan Kita?

Nak jemput ke tak ye?

4 months ago
aisyahbadrull