Izara Aishah Bangga Jadi Matchmaker Farah Nabilah Dan Amirul Yunus
aisyahbadrull

SEPERTI yang kita sedia tahu, Farah Nabilah (27) dan Amirul (28) telah menjalinkan hubungan selama 7 tahun sebelum membuat keputusan untuk berumah tangga. Apa yang menarik perhatian, rakan baik Farah iaitu aktres Izara Aishah (27) merupakan individu yang mempertemukan merpati dua sejoli ini dahulu.

Izara yang ditemui di majlis pernikahan Farah Nabilah 20 Disember lalu sempat berkongsi kisah di sebalik pertemuan antara Farah dan Amirul.

“Saya mengenali Farah dan Amirul sejak zaman sekolah lagi tetapi Amirul tidak bersekolah di sekolah yang sama. Suatu hari saya tergerak untuk memperkenalkan Farah kepada Amirul selepas tahu masing-masing sedang solo,”.

“Amirul memang seorang lelaki yang baik dan saya yakin dia sangat sesuai dengan Fawaa (Farah Nabilah). Fawaa juga seorang yang bertanggungjawab dan baik. Selepas mempertemukan mereka, saya gembira kerana mereka sememangnya sesuai dan Fawaa sangat menyukai Amirul,”

“Saya suka melihat kemesraan pasangan ini. Sepanjang 7 tahun perhubungan mereka, mereka sangat memahami antara satu sama lain. Saya doakan perkahwinan mereka kekal hingga ke Jannah dan saya yakin Amirul mampu menjaga Farah dengan baik,” katanya menutup perbualan.

Kredit foto: Instagram Izara Aishah

Pasangan merpati dua sejoli ini bakal meraikan cinta mereka menerusi majlis persandingan pihak lelaki yang bakal berlangsung pada 28 Disember ini diikuti dengan majlis persandingan sebelah perempuan pula pada 5 Januari 2020 nanti.

Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan terkini majlis perkahwinan Farah Nabilah dan Amirul hanya di portal www.mahligaicinta.my dan Instagram @mahligaicintatv3  !