Isteri Boleh Mohon Cerai Terhadap 9 Jenis Golongan Suami Ini
umirrasahad

PERCERAIAN adalah perkara terakhir yang kita fikirkan setelah mendirikan rumah tangga. Siapa saja yang tidak impikan bahagia bersama pasangan hingga ke akhir hayat? Namun ada sebab dan situasinya yang membuatkan si isteri boleh memohon cerai daripada suami dalam Islam.

1. Suami menyuruh isteri berzina

Syaitan bertopengkan manusia. Itulah gelaran yang sesuai buat suami sebegini. Selalu kita lihat dalam drama TV, suami yang berhutang keliling pinggang ‘menjual’ isteri ddemi melangsaikan hutangnya.

2. Suami menyuruh isteri minum arak

Suami yang masih sesat dan mengejar keseronokkan dunia akan menyuruh isterinya melakukan dosa seperti ini kerana baginya tak seronok minum arak berseorangan.

3. Suami larang tutup aurat



Pernah terjadi kes sebegini di Mahkamah Syariah dimana suami tidak membenarkan isterinya memakai tudung kerana katanya dia tidak suka melihat isterinya bertudung.

4. Suami tidak menunaikan tanggungjawab sebagai Mukmin



Tanggungjawab sebagai seorang Muslim adalah menjalankan perintah agama, lebih-lebih lagi setelah bergelar suami, tanggungjawab yang dipikul semakin besar dalam membimbing isteri dan anak-anak taat kepada agama.

5. Suami mempunyai penyakit berbahaya

Penyakit berjangkit seperti AIDS yang boleh membahayakan isteri dan anak-anak, ini tergolong dalam penyakit berbahaya. Isteri mempunyai hak melindungi dirinya sendiri.

6. Suami yang mempunyai organ seks tidak berfungsi



Selain nafkah zahir, seorang isteri juga berhak mendapat nafkah batin daripada seorang suami. Namun jika ianya tidak dapat dilaksanakan oleh suami kerana organ seks tidak berfungsi, maka isteri berhak memohon cerai daripada suaminya.

7. Suami yang tidak mempunyai zakar



Pelbagai keadaan dan situasi yang menyebabkan perkara ini berlaku. Contohnya seperti dilahirkan sebegitu atau akibat kemalangan. Ada juga yang selepas berkahwin baru mendapat tahu bahawa ‘suaminya’ itu adalah seorang wanita. Maka si isteri berhak memohon cerai.

8. Suami yang tidak pulang tanpa alasan munasabah



Isteri dibenarkan memohon cerai jika si suami tidak pulang atau tidak mahu pulang ke rumah dalam satu tempoh yang lama mengikut undang-undang syariah.

9. Suami yang tidak memberi nafkah



Tiga perkara asas yang perlu diberikan suami kepada isteri ialah makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Isteri perlulah memastikan suami dapat menyediakan ketiga-tiga keperluan ini mengikut kemampuan suami.

Sumber & kredit foto: iluminasi.com & refinery29.com

Artikel Berkaitan

Perlu Ke Undang Bekas Kekasih Ke Majlis Perkahwinan Kita?

Nak jemput ke tak ye?

2 months ago
aisyahbadrull
Jangan Berkahwin Dahulu Jika Anda Belum Yakin Tentang 3 Hal Ini

Bersediakah anda?

2 months ago
aisyahbadrull
9 Jenis Pernikahan Yang Diharamkan Dalam Islam

Fahami jenis-jenis pernikahan yang dilarang dal...

2 months ago
umirrasahad
Buat Dekat McD Je! Bridal Shower Farah Nabilah Cukup Meriah

Meriahnya bridal shower Farah Nabilah!

2 months ago
aisyahbadrull
Awas! 5 Perkara Yang Membatalkan Perkahwinan!

Semoga anda tidak tergolong dalam 5 perkara ini...

2 months ago
umirrasahad
Macam Mana Nak Tolak Pinangan Dengan Cara Baik?

Tolak dengan cara baik tau

2 months ago
aisyahbadrull